SARA 2025 Fasa 2: Semakan Kelayakan & Bayaran RM100/RM50 eKasih

SARA 2025 Fasa 2: Semakan Kelayakan & Bayaran (RM100 & RM50)

Seramai 700,000 penerima dalam kategori miskin dan miskin tegar eKasih layak menerima bantuan SARA 2025 melalui MyKad. Bantuan ini diberikan dalam bentuk kredit untuk pembelian barangan keperluan asas, dengan jumlah RM100 atau RM50 bagi tempoh Januari hingga Mac 2025, bergantung kepada kategori kelayakan individu.

Bagaimana cara membuat semakan SARA 2025 Fasa 2? Rujuk info lengkap di bawah untuk mengetahui status kelayakan dan tarikh bayaran anda.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/

SYARAT LULUS SEMAKAN SARA ONLINE

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
  • Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.

Catatan: Individu yang memenuhi syarat dan kategori kelayakan di atas akan secara langsung layak menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih.

PANDUAN LENGKAP SEMAKAN BANTUAN SARA 2O25 FASA 2 SECARA ONLINE

Semakan Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih Di Pautan :
    https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan maklumat pembayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  8. Selesai.

TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN SARA 2025 FASA 2 KE DALAM MYKAD

Pengagihan bantuan SARA seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARAN
Penerima Bantuan STR
(BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih)
Bulan Januari :
15 Januari 2025

Bulan Februari sehingga Disember :
Tarikh agihan bayaran akan dimaklumkan dan dikemas kini dari semasa ke semasa sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan.
Penerima Bantuan STR
(BUKAN eKasih)
Bulan April sehingga Disember :
Tarikh agihan bayaran akan dimaklumkan dan dikemas kini dari semasa ke semasa sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan

JUMLAH BANTUAN SARA 2025 FASA 2

Kadar bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:

  • Kategori Penerima STR (BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih)
KATEGORI PENERIMA STR
(BERSTATUS eKasih)
AMAUN AGIHAN BULAN FEBRUARI
(RM)
Isi rumah
(Ketua Keluarga)
RM 100
Warga emas tiada pasangan
(Setiap Individu)
sebulan
RM 100
Bujang
(Setiap Individu)
RM 50
  • Kategori Penerima STR (BUKAN eKasih)

Untuk makluman anda, bagi kategori Penerima STR BUKAN berstatus Miskin/Miskin eKasih, bantuan akan disalurkan bermula April sehingga Disember 2025.

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN SARA 2025

Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad di Seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

PANDUAN PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS SARA

Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan
    Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan
    Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian

Nota : Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada senarai barangan di atas, penerima perlu membayarnya secara tunai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara