Cara Semakan SARA MyKasih 2025: Semak Status Kelayakan Penerima Bantuan

Cara Semakan SARA MyKasih 2025: Ketahui Kelayakan Anda Sekarang

Peruntukan untuk Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 telah ditingkatkan sebanyak 75%, bagi memberi manfaat kepada lebih ramai rakyat berpendapatan rendah dan sederhana dalam menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.

Ingin tahu sama ada anda layak menerima bantuan ini? Ikuti cara semakan SARA MyKasih 2025 dan rujuk panduan lengkap di bawah untuk mengetahui status kelayakan anda sebagai penerima bantuan.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

CARA SEMAKAN SARA MYKASIH 2025

BACA JUGA : Semakan Status MyKasih SARA 2025

JUMLAH KREDIT SARA MYKASIH 2025

Berikut merupakan jumlah Bantuan SARA (MyKasih) yang dikreditkan pada tahun 2025 :

JUMLAH KREDIT
BANTUAN SARA MYKASIH
(PENERIMA SEDIA ADA)
JUMLAH KREDIT
BANTUAN SARA MYKASIH
(PENERIMA BAHARU)
ISI RUMAH : RM2,100 setahunISI RUMAH : RM900 setahun
WARGA EMAS : RM1,650 setahunWARGA EMAS : RM450 setahun
BUJANG : RM600 setahunBUJANG : Tiada

*Bagaimanapun, Bantuan SARA dikreditkan secara ansur setiap bulan.

TARIKH KREDIT SARA MYKASIH 2025

  • Pengkreditan Bantuan SARA kepada penerima sedia ada :
TARIKH KREDIT SARA MYKASIH
15/01/2025 (Rabu)
01/02/2025 (Sabtu)
01/03/2025 (Sabtu)
01/04/2025 (Selasa)
01/05/2025 (Khamis)
01/06/2025 (Ahad)
01/07/2025 (Selasa)
01/08/2025 (Jumaat)
01/09/2025 (Isnin)
01/10/2025 (Rabu)
01/11/2025 (Sabtu)
01/12/2025 (Isnin)
  • Pengkreditan Bantuan SARA kepada penerima baharu :
TARIKH KREDIT SARA MYKASIH
01/04/2025 (Selasa)
01/05/2025 (Khamis)
01/06/2025 (Ahad)
01/07/2025 (Selasa)
01/08/2025 (Jumaat)
01/09/2025 (Isnin)
01/10/2025 (Rabu)
01/11/2025 (Sabtu)
01/12/2025 (Isnin)

CARA SEMAKAN STATUS SARA MYKASIH 2025

Status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA (MyKasih) boleh disemak melalui Portal Rasmi MyKasih seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

CARA SEMAKAN BAKI SARA MYKASIH 2025

Ketahui baki Bantuan SARA (MyKasih) yang ada dalam MyKad melalui semakan di aplikasi MyKasih seperti berikut :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.