SARA MyKasih RM100 Sebulan 2025: Semakan Status Kelayakan Online Sekarang

SARA MyKasih RM100 Sebulan 2025: Semakan Status Kelayakan Online Sekarang

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui MyKasih Foundation memberi bantuan tunai RM100 sebulan kepada penerima yang layak mengikut kategori termasuk isi rumah, warga emas dan individu bujang. Kelayakan ini ditentukan berdasarkan status dalam sistem eKasih dan tahap pendapatan semasa.

Adakah anda tergolong sebagai penerima yang layak? Ketahui cara semakan status SARA MyKasih RM100 sebulan secara online dengan mudah dan cepat melalui panduan lengkap di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

SIAPAKAH LAYAK SARA MYKASIH 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang
  3. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

Individu yang memenuhi syarat kelayakan akan secara automatik menerima kredit SARA melalui MyKad.

JUMLAH KREDIT SARA MYKASIH SEBULAN 2025

Kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 Terkini April – Disember 2025 adalah seperti berikut:

KATEGORI PENERIMABERSTATUS EKASIH BUKAN EKASIHBERSTATUS EKASIH BUKAN EKASIH
Isi RumahRM200/bulanRM100/bulan
Warga Emas Tiada PasanganRM150/bulanRM50/bulan
BujangRM50/bulan

MANFAAT KREDIT SARA MYKASIH RM100 SEBULAN

Pengkreditan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui MyKad secara bulanan sebanyak membolehkan penerima membeli Barangan Keperluan asas yang terpilih di pasar raya yang berdaftar dengan pembayaran menggunakan kredit SARA (MyKad).

13 KATEGORI BARANGAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH

SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SARA MYKASIH 2025

Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Portal Rasmi MySTR

Di Portal MyKasih:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian Klik [Semak Status].
  5. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  6. Selesai.

Di Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status].
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  4. Kemudian, masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  7. Selesai.

CARA GUNA KREDIT SARA MYKASIH RM100 SEBULAN

Penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) membolehkan penerima membuat pembelian barang asas menggunakan MyKad seperti berikut:

  1. Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan 14 kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
  4. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  5. Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima. Baki kredit bulanan SARA tidak akan luput dan boleh digunakan sepanjang tahun dan akan dibawa ke bulan seterusnya sehingga 31 Disember 2025.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment