SARA STR 2025: Semakan Status Penerima Bantuan RM100 & RM50 dalam MyKad

SARA STR 2025: Cara Semak Status Penerima Bantuan RM100 & RM50 dalam MyKad

Dalam usaha menjunjung prinsip kesaksamaan dan nilai manusiawi, kerajaan melalui Ekonomi MADANI telah menyusun semula kewangan negara untuk memastikan lebih ramai rakyat dapat menikmati manfaat daripada sumbangan Bantuan SARA dan STR. Bantuan ini disalurkan melalui MyKad bagi memudahkan penerima membeli barangan keperluan asas.

Bagaimanakah cara untuk menyemak status penerima Bantuan SARA dan STR melalui MyKad? Ikuti panduan lengkap dan maklumat terkini di sini.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/bantuan-rm100-mykad-2025/

APA ITU SARA STR 2025

SARA atau Sumbangan Asas Rahmah adalah merupakan bantuan tambahan kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang disalurkan untuk membantu menampung kos pembelian barangan keperluan asas seperti bahan makanan, keperluan kebersihan, ubat-ubatan dan kelengkapan sekolah anak.

Bantuan SARA adalah disalurkan secara tanpa tunai melalui MyKad penerima yang pada awalnya disalurkan kepada penerima berstatus miskin dan miskin tegar sahaja. Kemudian pada tahun ini, kerajaan meluaskan kepada penerima STR asas bukan miskin juga.

KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA SARA STR BANTUAN DALAM MYKAD

Bantuan SARA Dalam MyKad diberikan khas kepada yang menepati kriteria kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Bukan penerima SARA berstatus Miskin Tegar dan Miskin eKasih.

*Kriteria di atas adalah untuk 4.7 juta penerima STR yang layak SARA.

JUMLAH SARA STR BANTUAN DALAM MYKAD

Setiap kategori STR akan menerima Bantuan Dalam MyKad mengikut jumlah seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH SARA STR
BANTUAN DALAM MYKAD
Isi Rumah
(Berpasangan / Tunggal)
RM100 setiap bulan
sehingga
RM900 setahun
Warga Emas
(Tiada Pasangan)
RM50 setiap bulan
sehingga
RM450 setahun

TARIKH KREDIT SARA STR BANTUAN DALAM MYKAD

Pengkreditan Bantuan SARA Dalam MyKad kepada penerima STR yang bukan berstatus Miskin Tegar dan Miskin eKasih adalah pada tarikh seperti berikut :

TARIKH KREDIT
SARA
BANTUAN DALAM MYKAD
April 2025
Mei 2025
Jun 2025
Julai 2025
Ogos 2025
September 2025
Oktober 2025
November 2025
Disember 2025

*Tarikh adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini kembali sebaik sahaja diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan.

SARA STR SEMAKAN STATUS PENERIMA DALAM MYKAD

Ikuti panduan semakan status di pautan Porta Rasmi STR untuk mengetahui kelayakan sebagai penerima SARA Bantuan Dalam MyKad seperti berikut :

  1. Sila layari pautan Portal Rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Status Bayaran SARA akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Dalam Proses’.
  13. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.