SKAS Sarawak Register Login 2025: Semakan Status Bantuan Sumbangan Keperluan Asas (RM800, RM400, RM250)
Terkini! Bantuan SKAS Sarawak 2025 kini memudahkan rakyat Sarawak mendapatkan barangan keperluan asas secara lebih cekap. Melalui kaedah Sarawak Pay, bantuan akan disalurkan secara TANPA TUNAI untuk memastikan setiap keluarga di Sarawak mampu menyediakan makanan asas harian mereka.
Ingin tahu cara untuk register dan login SKAS Sarawak? Ketahui info lengkap dan panduan semakan status di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN STR FASA 1 (2025): STATUS KELAYAKAN DAN JU BAYARAN
APA ITU SKAS SARAWAK
SKAS Sarawak ialah Sumbangan Keperluan Asas Sarawak akan disalurkan secara TANPA TUNAI melalui Sarawak Pay, khusus untuk membuat pembelian barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak dan bahan asas lain di kedai runcit berdaftar merchant Sarawak Pay, termasuklah di kawasan luar bandar.
Sarawak Pay ini merupakan applikasi digital dimana transaksi pembayaran bagi pembelian barangan akan dilakukan menggunakan aplikasi tersebut. Aplikasi ini boleh didapatkan di Google Play Store (bagi pengguna Android), atau di App Store (bagi pengguna iOS).
KADAR BANTUAN SKAS SARAWAK
Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM5,000 dan kebawah | RM 800 |
Warga emas tanpa pasangan dan anak berpendapatan RM5,000 dan kebawah | RM 400 |
Bujang Berpendapatan RM2,500 dan kebawah | RM 250 |
TARIKH BAYARAN SKAS SARAWAK
Berdasarkan sumber daripada laman web service.sarawak.gov.my, bantuan ini akan dikreditkan ke akaun S PAY GLOBAL penerima selewat-lewatnya pada suku pertama tahun 2025.
- Semakan Kelayakan Dibuka: 1 Januari 2025.
- Tempoh Rayuan: 1 Februari 2025 hingga 31 Mac 2025.
- Pengumuman Keputusan Rayuan: 1 Jun 2025.
SYARAT KELAYAKAN
Ini adalah syarat kelayakan untuk register login SKAS SARAWAK 2025 seperti di bawah:
- Syarat Umum
- Warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan berstatus ‘K’.
- Beralamat dan menetap di Sarawak.
- Maklumat penerima berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024.
- Kategori Penerima
- Isi Rumah
- Berkahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa).
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
- Tiada had umur.
- Bujang
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan.
- Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.
- Had umur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas.
- Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.
- Warga Emas
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak.
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
- Had umur 60 tahun dan ke atas.
- Isi Rumah
SKAS SARAWAK REGISTER LOGIN
Tiada permohonan manual untuk SKAS Sarawak. Jika anda memenuhi syarat kelayakan, nama anda akan disenaraikan secara automatik berdasarkan data penerima STR Fasa 4. Walau bagaimanapun, penerima yang layak mesti mengikuti langkah berikut untuk menerima bantuan.
- Download/Muat Turun aplikasi S PAY GLOBAL.
- Aktifkan akaun anda dengan melengkapkan pendaftaran.
- Semak kelayakan SKAS.
- Ikuti panduan lengkap di bawah untuk semakan status kelayakan.
- Pastikan maklumat akaun S PAY GLOBAL anda dikemas kini.
- Sahkan tuntutan bantuan.
- Log masuk ke aplikasi S PAY GLOBAL.
- Ikuti arahan untuk mengesahkan penerimaan bantuan SKAS.
SKAS SARAWAK LOGIN SEMAKAN
Ini adalah semakan status bantuan SKAS Sarawak 2025:
- Pastikan anda mempunyai akaun Sarawak ID yang sah.
- Sila layari Portal Rasmi Semakan Bantuan SKAS Sarawak di sini: https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/.
- Anda akan dibawa ke halaman Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
- Kemudian, sila scroll ke bawah sekali dan anda akan dapat lihat butang untuk semakan.
- Tekan butang “Check Eligibility”.
- Seterusnya, anda dikehendaki Log Masuk Sarawak ID.
- Log masuk menggunakan akaun Sarawak ID anda.
- Klik butang “NEXT”.
- Kemudian, tekan “My Individual Account”.
- Di laman ini, anda sudah boleh buat SEMAKAN STATUS SKAS SARAWAK.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan yang disediakan.
- Tekan “Search”.
- Paparan Notifikasi Nama anda Lulus atau Tidak sebagai penerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas 2025 akan dipaparkan.
- Selesai.
KAEDAH BAYARAN SKAS SARAWAK
Mengikut kenyataan dari Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), bantuan tambahan ini akan disalurkan secara TANPA TUNAI, melalui akaun Sarawak Pay iaitu sebuah platform dompet elektronik (e-wallet) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Sarawak, melalui Sarawak Multimedia Authority (SMA).
REGISTER LOGIN SARAWAK PAY
Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar Sarawak Pay (sekarang dikenal sebagai SPay Global) sebagai pengguna baru:
- Muat turun Aplikasi Sarawak Pay/SPay Global
- Aplikasi SPay Global boleh dimuat turun di Google Play Store (Android) ATAU App Store (iOS).
- Seterusnya, buka Aplikasi SPay Global dan Tekan “Daftar/Login”
- Setelah itu, pilih Sign Up/Register untuk mendaftar sebagai pengguna baru pada halaman utama.
- Isikan butiran detail maklumat yang diminta, seperti:
- Nama Penuh (seperti yang tertera di Kad Pengenalan).
- Nombor HP Aktif (untuk menerima OTP).
- Alamat Email Aktif (untuk pengesahan).
- Kata laluan (Password)
- Setelah selesai mengisir butiran maklumat, anda akan terima OTP (One-Time Password) melalui SMS pada nombor yang anda daftarkan.
- Kemudian, masukkan kod OTP ke dalam aplikasi untuk mengesahkan nombor telefon anda.
- Setelah pengesahan OTP, anda akan diminta mengisi maklumat tambahan seperti:
- Nombor Kad Pengenalan (IC/MyKad)
- Tarikh Lahir
- Kemudian, pilih Jenis Akaun Sarawak Pay/SPay Global mengikut pilihan anda:
- Basic Account: Tidak memerlukan pengesahan dokumen tambahan tetapi memiliki limit seperti transaksi yang lebih rendah.
- Premium Account: Memerlukan pengesahan dokumen tambahan tetapi menawarkan limit transaksi lebih tinggi.
- Jika Anda memilih akaun Premium, ikuti langkah seperti berikut:
- Pengesahan akaun premium (Optional)
- Memuatnaik dokumen berikut:
- Gambar IC (depan dan belakang)
- Selfie bersama IC untuk pengesahan identiti.
- Kemudian, SPay Global akan memproses dokumen anda dalam waktu tertentu.
- Setelah akaun anda disahkan, anda dapat mulai menggunakan Sarawak Pay/SPay Global untuk pelbagai transaksi.
RUJUKAN
Jika ada soalan atau pertanyaan, boleh ajukan kepada pihak berkuasa di bawah. Di sini kami tegaskan bahawa pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan ini bagi memudahkan capaian orang ramai. Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan ini, anda boleh rujuk sumber di bawah:
Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan berkaitan S PAY GLOBAL, anda boleh hubungi kami di talian +6082-224599, atau emel kepada [email protected].
Selain itu, anda juga boleh menghubungi Pusat Talikhidmat, +6082-555999, atau menghantar emel ke [email protected].