Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun 2025 mencatatkan jumlah peruntukan tertinggi dalam sejarah, iaitu sebanyak RM13 bilion, berbanding RM10 bilion pada tahun 2024. Artikel ini akan memandu anda mengenai cara semak status kelayakan STR Fasa 1 (2025) serta maklumat penting berkaitan.
BACA JUGA : BANTUAN STR FASA 3 2024: SEMAKAN STATUS
APA ITU STR?
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan salah satu inisiatif bantuan tunai daripada kerajaan bagi membantu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana. STR adalah kesinambungan daripada program bantuan tunai terdahulu seperti Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan Bantuan Tunai Rakyat (BTR). Tujuannya adalah untuk:
- Meringankan beban kewangan rakyat.
- Meningkatkan kesejahteraan ekonomi golongan memerlukan.
JUMLAH BAYARAN STR FASA 1 2025
STR 2025 disalurkan mengikut kategori penerima seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH STR |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | 0 anak: RM1,000 1 – 2 anak: RM1,500 3 – 4 anak: RM2,000 5 ke atas: RM2,500 |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 | 0 anak: RM500 1 – 2 anak: RM750 3 – 4 anak: RM1,000 5 ke atas: RM1,250 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 |
Bujang/Balu/Janda/Duda (21 – 59 tahun) | RM600 |
Nota: Maklumat lengkap mengenai jumlah bayaran boleh disemak melalui Portal Rasmi STR.
JADUAL BAYARAN STR FASA 1 2025
STR 2025 akan disalurkan dalam empat (4) fasa seperti berikut:
PERINGKAT FASA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Satu | Februari 2025 |
Dua | April 2025 |
Tiga | Ogos 2025 |
Empat | November 2025 |
Nota: Tarikh rasmi bayaran akan diumumkan oleh kerajaan dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
CARA SEMAK STATUS STR FASA 1 (2025)
Ikuti langkah berikut untuk menyemak status kelayakan STR Fasa 1:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my.
- Paparan utama Portal STR akan muncul.
- Klik butang [TUTUP] pada iklan pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit Nombor Kad Pengenalan (tanpa tanda sengkang “-“).
- Klik butang [Log Masuk].
- Pilih [Semak].
- Pastikan ‘Frasa Keselamatan’ yang dipaparkan adalah betul dan klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul dan klik [Log Masuk].
- Paparan [Profil Pemohon] akan muncul.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan] dan layarkan skrin ke bawah.
- Klik pada bahagian [Maklumat Bayaran].
- Status kelayakan pemohon akan dipaparkan sebagai: “Lulus Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah 2025” jika layak.
MAKLUMAT LANJUT DAN RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan STR 2025, anda boleh menghubungi pihak berwajib seperti berikut:
- Hotline STR HASiL: 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel: [email protected]
Pihak kami sekadar menyediakan informasi terkini mengenai bantuan kerajaan untuk memudahkan akses rakyat. Semoga artikel ini dapat membantu anda memahami dan mendapatkan manfaat daripada STR 2025.