Bantuan eWallet RM200 2025: Semakan Status Layak Penerima Pembayaran – Cara Semak Kelayakan eWallet

Bantuan eWallet RM200 2025: Semakan Status Layak Penerima Pembayaran
Inisiatif bantuan eWallet yang dikreditkan secara tanpa tunai (cashless) oleh kerajaan bertujuan untuk memudahkan rakyat menerima dan menggunakan bantuan. Inisiatif ini selaras dengan perkembangan pesat teknologi digital yang semakin diterima ramai. Bantuan ini juga menyokong proses yang lebih efisien dan selamat.

Bagaimanakah cara semak status kelayakan penerima bayaran Bantuan eWallet RM200? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/

APA ITU BANTUAN EWALLET

Bagi memudahkan rakyat menerima bantuan serta meningkatkan penggunaan secara tanpa tunai (cashless), kerajaan telah melaksanakan pemberian bantuan melalui aplikasi e-Wallet pada tahun 2023 dan 2024.

Selain itu, kerajaan juga telah melaksanakan satu lagi inisiatif tanpa tunai (cashless) yang dapat memudahkan semua golongan untuk menerima bantuan, iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan ke dalam kad pinta (MyKad) penerima untuk sepanjang tahun 2025.

KADAR BANTUAN EWALLET 2025

Bantuan yang dikreditkan menerusi akaun aplikasi e-Wallet adalah dengan kadar sebanyak RM100 sahaja bagi semua kategori penerima. Namun bantuan yang dikreditkan menerusi akaun kad pintar (MyKad) adalah sehingga RM200, namun bergantung kepada kelayakan setiap penerima seperti berikut :

  • Penerima Miskin dan Miskin Tegar :
    • Isi Rumah : RM100 / RM200 setiap bulan.
    • Warga Emas : RM100 / RM150 setiap bulan.
    • Bujang : RM50 setiap bulan.
  • Penerima Asas Bukan Miskin :
    • Isi Rumah : RM100 setiap bulan.
    • Warga Emas : RM50 setiap bulan.

PANDUAN SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN BANTUAN EWALLET RM200 2025

Untuk mengetahui status anda layak atau tidak menerima bayaran Bantuan RM200 setiap bulan secara tanpa tunai (cashless) melalui Kad Pintar (MyKad), ikuti panduan semakan status di dua (2) pautan seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].

  1. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
  11. Selesai.

TEMPOH PELAKSANAAN BANTUAN EWALLET RM200 2025

Pelaksanaan Bantuan e-Wallet yang bernilai RM100 sekaligus telahpun selesai diberikan kepada 10 juta individu yang layak pada bulan Februari 2024 yang lalu. Namun, pelaksanaan Bantuan Kad Pintar (MyKad) bagi tahun 2025 adalah selama tempoh berikut :

KELAYAKAN PENERIMATEMPOH PELAKSANAAN
PENERIMA BAYARAN
Penerima Miskin dan Miskin TegarSelama 12 bulan
(Januari hingga Disember 2025)
Penerima Asas Bukan MiskinSelama 9 bulan
(April hingga Disember 2025)

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.