Bantuan 100 MyKad Madani 2025: Semak Kelayakan & Penerima Bayaran
Kerajaan memperkenalkan Bantuan 100 MyKad Madani 2025 untuk memastikan rakyat menerima bantuan secara mudah dan berkesan tanpa ketirisan. Dengan menggunakan teknologi digital, bantuan ini akan dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima, yang boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless) setiap bulan.
Ingin tahu cara menyemak status kelayakan bantuan ini? Ketahui panduan lengkap di bawah!

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.
BACA JUGA : https://semakanstr.my/str-login/
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN 100 MYKAD MADANI 2025
Bantuan MyKad Madani yang bernilai RM100 diberikan khas kepada yang memenuhi kelayakan seperti berikut :
- Miskin Tegar dan Miskin eKasih :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- Asas Bukan Miskin STR :
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah.
SENARAI MANFAAT BANTUAN MYKAD MADANI 2025
Antara manfaat yang akan diperolehi penerima daripada Bantuan MyKad Madani adalah :
- Bantuan dikreditkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima secara automatik setiap bulan;
- Penerima bantuan boleh memilih 13 kategori barangan keperluan asas dan hanya perlu membuat pembayaran secara tanpa tunai (cashless) dengan menggunakan MyKad sahaja;
- Boleh digunakan di lebih 1,200 kedai dan pasaraya terpilih seluruh Malaysia;
- Had bantuan RM50/RM100 setiap bulan sehingga RM2,100 (bergantung kelayakan penerima);
- Baki yang tidak digunakan pada bulan sebelumnya akan dibawa ke bulan seterusnya;
- Bantuan MyKad Madani Sah digunakan sehingga 31 Disember 2025.
CARA GUNA BANTUAN MYKAD MADANI 2025
Penerima yang telah disahkan status layak menerima Bantuan dalam MyKad, boleh menggunakkannya untuk pembelian barangan keperluan asas mengikut cara seperti berikut :
- Kunjungi kedai atau pasaraya berhampiran (rujuk senarai kedai terpilih di sini :Â https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list).
- Pilih barangan keperluan asas yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Di kaunter bayaran, tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk semakan pengesahan penerima bantuan.
- Juruwang akan mengimbas barangan yang dipilih mengikut label yang diluluskan.
- Masukkan 6-digit nombor PIN (nombor awal MyKad sementara) untuk pengesahan bayaran dan perlu menukar kepada nombor PIN yang baharu.
- Resit bayaran akan diberikan untuk rujukan baki.
CEK STATUS KELAYAKAN BANTUAN 100 MYKAD MADANI 2025
Untuk mengetahui anda layak atau tidak Bantuan RM100 MyKad Madani, ikuti panduan cek status seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini :Â https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
- Selesai.
Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [STATUS_CHECK.GOTOBANTUAN].
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan MyKad SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Dalam Proses’.
- Selesai.
TARIKH BANTUAN 100 MYKAD MADANI DIKREDITKAN
Berikut merupakan tarikh Bantuan MyKad Madani yang bernilai RM100 dikreditkan kepada penerima :
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH KREDIT BANTUAN MYKAD MADANI |
---|---|
Miskin dan Miskin Tegar | Bermula : 15 Januari 2025 Sehingga : ** Disember 2025 |
Asas Bukan Miskin | Bermula : ** April 2025 Sehingga : ** Disember 2025 |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Laman Bantuan :Â https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel :Â [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.