SEMAK BANTUAN RAHMAH 2025 : STATUS KELAYAKAN & PENERIMA SARA TERKINI

SEMAK BANTUAN RAHMAH 2025 : STATUS KELAYAKAN & PENERIMA SARA TERKINI

Program Bantuan Rahmah 2025 melalui inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) disediakan oleh kerajaan bagi meringankan beban golongan B40 dan miskin tegar. Bantuan ini bertujuan membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan asas seperti makanan dan barang harian secara tanpa tunai (cashless) melalui MyKad.

Bagaimana cara semak status kelayakan dan senarai penerima Bantuan Rahmah 2025? Teruskan membaca panduan lengkap di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

SEMAK BANTUAN RAHMAH 2025

PENERIMA BANTUAN RAHMAH 2025

Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA 2025:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
  3. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

MANFAAT BANTUAN RAHMAH 2025

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima secara bulanan khusus untuk penerima membeli Barangan Keperluan Asas yang diluluskan di pasar raya yang terpilih (berdaftar) dengan pembayaran menggunakan kredit SARA (MyKad).

SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN RAHMAH 2025 SECARA ONLINE

Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

PORTAL RASMIPAUTAN
Portal MyKasihhttps://www.mykasih.com.my/
Portal MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/

Portal MyKasih:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian Klik [Semak Status].
  5. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  6. Selesai.

Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status].
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  4. Kemudian, masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  7. Selesai.

JUMLAH BANTUAN RAHMAH 2025

Kadar Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 seperti berikut:

  • Lulus STR & Berstatus eKasih
KATEGORI PENERIMAAMAUN BAYARAN
SESI 1
(JANUARI – MAC)
AMAUN BAYARAN
SESI 2
(APRIL – DISEMBER)
Isi RumahRM100/bulanRM200/bulan
Warga Emas Tiada PasanganRM100/bulanRM150/bulan
BujangRM50/bulanRM50/bulan
  • Lulus STR & BUKAN eKasih
KATEGORI PENERIMAAMAUN BAYARAN
SESI 1
(JANUARI – MAC)
AMAUN BAYARAN
SESI 2
(APRIL – DISEMBER)
Isi RumahRM100/bulan
Warga Emas Tiada PasanganRM50/bulan

SENARAI BARANG BANTUAN RAHMAH TERKINI 2025

Berikut merupakan barangan keperluan asas yang diluluskan pembayaran menggunakan MyKad:

  • Produk Kebersihan: Colgate / Kotex / Detol
  • Ubat-ubatan: Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
  • Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata /Staedtler / Canggih
  • Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
  • Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
  • Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
  • Produk Kebersihan Rumah: Sabun Pencuci Lantai / Pinggan Mangkuk

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment