Semak Bantuan Sabah 2025: Semakan Status Kelayakan Penerima (RM300 Sebulan)
Kerajaan Sabah telah memperkenalkan Program Sentuhan Kasih Rakyat sebagai inisiatif bagi membantu rakyat yang terkesan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Program ini menyediakan bantuan bulanan sebanyak RM300 kepada Isi Rumah Golongan Miskin dan Miskin Tegar di Sabah.
Semak status kelayakan dan cara memohon Bantuan Sabah 2025 melalui panduan lengkap di bawah!
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/kemaskini-str-2025-online/
APA ITU BANTUAN SABAH
Bantuan Sabah iaitu Program Sentuhan Kasih Rakyat merupakan inisiatif Kerajaan Sabah untuk membantu Rakyat Sabah dalam mengurangkan beban kewangan dalam mendepani cabaran peningkatan kos sara hidup.
Program bantuan ini menyediakan bantuan tunai sebanyak RM300 sebulan kepada golongan Miskin Dan Miskin Tegar di Sabah.
Menerusi Belanjawan Sabah 2025, kerajaan telah memperuntukkan RM358.5 juta untuk program ini, yang bakal memberi manfaat kepada 100,000 penerima pada fasa pertama, termasuk Ketua Isi Rumah dan Ahli Keluarga yang berumur 18 tahun ke atas yang tergolong dalam Kategori Miskin dan Miskin Tegar.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SABAH 2025
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia (Rakyat Sabah);
- Menetap di Negeri Sabah;
- Kategori Miskin dan Miskin Tegar; DAN
- Ketua Isi Rumah dan Ahli Keluarga yang berumur 18 tahun ke atas.
TARIKH PELAKSANAAN PROGRAM BANTUAN SABAH
Penyaluran Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah seperti berikut:
BANTUAN | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (Fasa Pertama) | Bermula pada Februari 2025, dan akan dilaksanakan secara berperingkat. |
Dalam fasa pertama, seramai 100,000 penerima akan mendapatkan manfaat bantuan ini.Tarikh rasmi bayaran akan dimaklumkan, dan pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan Sabah.
JUMLAH BANTUAN BULANAN SABAH 2025
Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Ketua Isi Rumah DAN Ahli Keluarga yang berumur 18 tahun ke atas yang Berstatus Miskin dan Miskin Tegar | RM300 (Sebulan) |
SEMAK BANTUAN SABAH LAYAK ATAU TIDAK
Semakan status dan cara penyaluran bantuan belum diumumkan. Sebarang maklumat terkini akan dikemaskini apabila diumumkan secara rasmi oleh pihak Kerajaan Sabah.
RUJUKAN
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat, anda boleh rujuk saluran berikut:
- Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sabah : https://sabah.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.tvsarawak.my/2024/11/15/belanjawan-sabah-2025-bantuan-rm300-sebulan-untuk-golongan-miskin-dan-miskin-tegar/