Semak MyKasih 2025 Online: Check Status Kelayakan RM200, RM100 & RM50

Semak MyKasih 2025 Online: Check Status Kelayakan RM200, RM100 & RM50 Setiap Bulan

Penjimatan hasil daripada penyasaran semula subsidi membolehkan kerajaan menyalurkan pelbagai bentuk bantuan kepada rakyat, termasuk Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah Program MyKasih. Bantuan ini diberikan secara tanpa tunai (cashless) melalui kad pengenalan penerima, dengan bayaran bulanan sebanyak RM200, RM100, atau RM50 bergantung kepada kelayakan.

Bagaimanakah cara untuk membuat semakan MyKasih 2025 secara online? Ikuti panduan lengkap di bawah untuk mengetahui cara semak status kelayakan dan penerimaan bayaran bulanan.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

SEMAK MYKASIH 2025 ONLINE

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/

BILANGAN PENERIMA MYKASIH 2025

Bilangan penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah di bawah MyKasih pada tahun 2025 bertambah sehingga 5.4 juta merangkumi golongan isi rumah, warga emas dan bujang. Berbanding tahun 2024, bilangan penerima hanyalah seramai 0.7 juta sahaja.

SEMAK KELAYAKAN MYKASIH 2025

Antara kelayakan penerima MyKasih yang ditetapkan pada tahun 2025, adalah terbahagi kepada dua golongan penerima, iaitu :

  • MyKasih Miskin Tegar dan Miskin eKasih :
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • MyKasih Asas Bukan Miskin :
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

PAUTAN SEMAK MYKASIH 2025 ONLINE

Terdapat dua (2) pautan portal rasmi yang boleh diakses untuk semakan MyKasih secara online, iaitu :

  • Puatan Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Pautan Portal Rasmi STR.

PANDUAN SEMAK MYKASIH 2025 ONLINE

Status kelayakan sebagai penerima MyKasih Bantuan setiap bulan boleh disemak secara online seperti panduan di bawah :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].

  1. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
  11. Selesai.

HAD AMAUN MYKASIH 2025

Amaun Bantuan Sumbangan Asas Rahmah di bawah MyKasih adalah dihadkan mengikut kelayakan penerima seperti berikut :

PENERIMA MYKASIH
MISKIN DAN
MISKIN TEGAR
PENERIMA MYKASIH
ASAS BUKAN
MISKIN
Isi Rumah : RM100 / RM200
setiap bulan
(RM2,100 setahun)
Isi Rumah : RM100 setiap bulan
(RM900 setahun)
Warga Emas : RM100 / RM150
setiap bulan
(RM1,650 setahun
Warga Emas : RM50 setiap bulan
(RM450 setahun)
Bujang : RM50 setiap bulan
(RM600 setahun)

TARIKH MYKASIH 2025 DISALURKAN

Penyaluran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah di bawah MyKasih adalah secara ansur setiap bulan mengikut tarikh seperti berikut :

  • Penerima MyKasih Miskin dan Miskin Tegar :
    • Setiap bulan bermula 15 Januari 2025 sehingga Disember 2025.
  • Penerima MyKasih Asas Bukan Miskin :
    • Setiap bulan bermula April 2025 sehingga Disember 2025

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.