Semak MyKasih Online 2025: Cek Status Kelayakan Bayaran Fasa 1 (RM100 & RM50 Setiap Bulan)

Semak MyKasih Online 2025 untuk mengetahui status kelayakan anda sebagai penerima bayaran fasa 1 yang melibatkan bantuan bulanan RM100 dan RM50. Inisiatif MyKasih ini menyasarkan golongan dewasa daripada pelbagai peringkat usia, dengan proses pengkreditan yang telah diselaraskan bagi memudahkan penerima. Bagaimana cara untuk menyemak MyKasih secara online? Ketahui panduan dan langkah lengkap dalam artikel ini.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/str-fasa-1-2025/

BILANG PENERIMA MYKASIH 2025 FASA 1

Penerima yang layak menerima MyKasih untuk fasa pertama (1) hanyalah seramai 700,000 ribu sahaja meliputi golongan isi rumah, warga emas serta bujang yang merupakan penerima sedia ada yang berstatus miskin dan miskin tegar.

CARA KREDIT MYKASIH ONLINE 2025

Pengkreditan MyKasih adalah secara ansur bersasar melalui pengkreditan online tanpa tunai ke dalam Kad Pengenalan (MyKad) penerima yang boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless) setiap bulan.

JUMLAH KREDIT MYKASIH FASA 1 2025

Berikut merupakan jumlah kredit MyKasih bagi fasa pertama (1) kepada kategori penerima sedia ada berstatus miskin dan miskin tegar :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH KREDIT
MYKASIH FASA 1 2025
ISI RUMAHRM100 setiap bulan
WARGA EMASRM100 setiap bulan
BUJANGRM50 setiap bulan

TARIKH KREDIT MYKASIH ONLINE FASA 1 2025

Pengkreditan Bantuan MyKasih ke dalam MyKad penerima bagi fasa 1 adalah pada tarikh berikut :

TARIKH KREDIT MYKASIH
FASA 1 2025
15 Januari 2025
** Februari 2025
** Mac 2025

SEMAK MYKASIH ONLINE 2025

Berikut merupakan panduan cara semak MyKasih secara online :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [STATUS_CHECK.GOTOBANTUAN].

  1. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Dalam Proses’.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.