Bantuan Khas Kewangan 2025: Semakan Status Layak Penerima Bayaran RM500 & RM250 – Bonus Penjawat Awam & Tarikh Gaji 2025

Bantuan Khas Kewangan 2025: Semakan Status Layak Penerima Bayaran (RM500 & RM250)
Terkini! Kerajaan Malaysia telah mengumumkan pemberian Bonus Bantuan Khas Kewangan (BKK) kepada Penjawat Awam Gred 15 ke bawah dan Pesara Kerajaan, yang akan diagihkan pada Februari 2025. Ini juga berkaitan dengan tarikh gaji penjawat awam 2025 dan gaji mereka pada bulan tersebut.

Bagaimanakah cara semak status kelayakan Bantuan Khas Kewangan Kerajaan 2025? Ikuti info lanjut di sini.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/

APA ITU BANTUAN KHAS KEWANGAN 2025

Bantuan Khas Kewangan ialah bantuan/bonus yang diberikan oleh Kerajaan kepada Penjawat Awam atau Pesara Kerajaan iaitu pekerja lantikan kerajaan dalam sektor perkhidmatan awam termaksuk kontrak yang menjalankan tugas dan menyediakan perkhidmatan kepada masyarat mengikut dasar yang ditetapkan Kerajaan.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KHAS KEWANGAN 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan ini:

  1. Penjawat Awam:
    • Pegawai Perkhidmatan Awam Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana Gred 15 dan kebawah;
    • Pegawai latikan Tetap, Sementara dan lantikan Kontrak;
    • Pegawai yang BERCUTI Gaji Penuh/Separuh Gaji/TANPA Gaji;
    • Personel MYSTEP yang masih berkhidmat pada 25 Febuari 2025;
    • Guru Interim;
    • Pemandu yang dilantik sendiri oleh Pegawai Gred Utama B dan Utama A ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatanya; dan
    • Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran, Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman.
  2. Pesara
    • Pesara Kerajaan Malaysia;
    • Veteran Berpencen dan Tidak Berpencen (Bayaran akan dilakukan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV); dan
    • Pesara Kerajaan dan Veteran yang dialntik semula secara tetap yang masih berkhidmat pada 25 Febuari 2025.

TARIKH PENYALURAN BANTUAN

Penyaluran bantuan Khas Kewangan adalah seperti berikut:

JENIS BANTUANTARIKH PEMBAYARAN
Bonus Bantuan Khas Kewangan (BKK)25 Februari 2025
(Selasa)

JUMLAH BANTUAN KHAS KEWANGAN 2025

Kadar Bonus/Bantuan Khas Kewangan Kerajaan kepada Penjawat Awam adalah seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Penjawat Awam

(Gred 15 dan ke bawah termasuk pegawai/kakitangan lantikan kontrak)
RM 500
Pesara Kerajaan/Veteran Berpencen/Veteran Tidak BerpencenRM 250

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Khas Kewangan (BKK), anda boleh rujuk pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://pahang.anm.gov.my/images/JANM/AO/Pahang/02-Berita/2025/EDARAN_BULETIN_BKK_TAHUN_2025.pdf