Semak Status eKasih Online 2025: Semakan Kelayakan Bantuan Bulanan (RM200, RM100 & RM50)
Pada tahun 2025, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah ditambah baik dengan kadar bantuan lebih tinggi untuk penerima berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih. Mereka layak menerima bantuan sehingga RM2,100 setahun yang dikreditkan terus ke MyKad, berbanding penerima dari kategori bukan eKasih.
Semak status kelayakan eKasih 2025 secara online dan maklumat lengkap mengenai pembayaran bantuan melalui panduan di bawah!
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/kemaskini-str-2025-online/
APA ITU SISTEM EKASIH
Sistem eKasih adalah Pengkalan Data Keluarga Miskin yang diwujudkan untuk membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Melalui pendaftaran eKasih, data kemiskinan akan digunakan oleh kementerian atau agensi untuk memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan.
Dengan pendaftaran eKasih, pelbagai bantuan tunai tambahan akan layak diterima oleh penerima seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih dimana syarat kelayakan bantuan tersebut adalah mesti terdiri daripada Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) daripada yang BERSTATUS Miskin Dan Miskin Tegar eKasih seperti yang tercatat dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
SYARAT LULUS SEMAKAN STATUS BANTUAN SARA EKASIH
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA kategori eKasih:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025; DAN
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
CARA MOHON BANTUAN SARA BAGI KATEGORI EKASIH
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diberikan secara automatik kepada penerima yang LULUS Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang BERSTATUS eKasih.
Berikut merupakan langkah-langkah LULUS bantuan SARA bagi Kategori eKasih:
- Berdaftar di Sistem eKasih (Bagi kategori Miskin dan Miskin Tegar).
- Setelah LULUS eKasih, individu perlu mengemukakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
- Kemudian, apabila LULUS dan menerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan secara automatik akan disalurkan ke dalam MyKad penerima.
PANDUAN PENDAFTARAN DAN SEMAK STATUS SISTEM EKASIH
Pendaftaran dan semakan status kelulusan miskin/miskin eKasih adalah seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut:
https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx - Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk Didaftarkan ke dalam Sistem eKasih, akan dipaparkan.
- Sila baca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
- Seterusnya, anda hendaklah menghadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; ATAU
- Hubungi PPN berhampiran anda di talian seperti berikut:
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40419920
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7457103
- PPN Sarawak : 082-492957
- PPN Sabah : 088-484800
- Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan secara online di pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
- Selesai.
SEMAK STATUS BANTUAN SARA KATEGORI EKASIH
Jika anda merupakan penerima STR & berstatus eKasih, semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi MyKasih Di Pautan : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan maklumat pembayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
JADUAL TARIKH BAYARAN SARA BAGI KATEGORI EKASIH
Pengagihan bantuan SARA seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TEMPOH PEMBAYARAN | TARIKH BAYARAN |
---|---|---|
Penerima Bantuan STR & BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih) | Bermula Bulan JANUARI sehingga Bulan DISEMBER (Selama 12 Bulan) | Bulan Januari : 15 Januari 2025 Bulan Februari – Disember: Tarikh akan dikemas kini dari semasa ke semasa. |
JUMLAH BANTUAN SARA 2025 KATEGORI EKASIH
Kadar bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:
- Kategori Penerima STR & BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih
KATEGORI PENERIMA STR & (BERSTATUS eKasih) | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) JANUARI – MAC | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) APRIL – DISEMBER | JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM) |
---|---|---|---|
Isi rumah (Ketua Keluarga) | RM100 sebulan | RM 200 sebulan | RM 2,100 |
Warga emas tiada pasangan (Setiap Individu) | RM100 sebulan | RM 150 sebulan | RM 1,650 |
Bujang (Setiap Individu) | RM50 sebulan | RM 50 sebulan | RM 600 |
PEMBAYARAN BANTUAN SARA EKASIH
Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 seperti berikut:
NEGERI PENERIMA | KAEDAH PENYALURAN |
---|---|
Penerima daripada Seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan | Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad. |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara.