Semak STR Fasa 1 2025: Cara Cek Status Kelulusan Penerima (RM500, RM300 & RM150)

Semak STR Fasa 1 2025: Cek Status Layak untuk Bantuan (RM500, RM300 & RM150)
Agihan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa pertama tahun 2025 dijangka bermula pada suku pertama tahun ini, melibatkan peruntukan kewangan sebanyak RM2.3 bilion—kenaikan yang ketara berbanding tahun lalu. Bantuan ini direka untuk meringankan beban rakyat.

Bagaimana cara untuk menyemak status kelayakan penerima STR Fasa 1? Panduan lengkap boleh anda rujuk di bawah.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/str-login/

TARIKH AGIHAN STR FASA 1 2025

Berdasarkan Siaran Media Kementerian Kewangan (MOF), YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan tarikh rasmi agihan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa pertama (1) adalah bermula pada 22 Januari 2025 dan berperingkat sehingga pada 28 Januari 2025.

JUMLAH AGIHAN STR FASA 1 2025

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa pertama (1) telah mula diagihkan kepada setiap penerima mengikut jumlah berikut :

  • Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 (B40) :
    • Tiada anak : RM500.
    • 1 atau 2 anak : RM500.
    • 3 atau 4 anak : RM500.
    • 5 anak dan ke atas : RM500.
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 (M40) :
    • Tiada anak : RM150.
    • 1 atau 2 anak : RM200.
    • 3 atau 4 anak : RM250.
    • 5 anak dan ke atas : RM300.
  • Warga Emas Tiada Pasangan :
    • RM150 setiap individu.
  • Bujang :
    • RM150 setiap individu.

BILANGAN PENERIMA AGIHAN STR FASA 1 2025

Penerima yang layak menerima agihan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa pertama (1) adalah seramai 8.3 juta meliputi golongan isi rumah (B40 dan M40) seramai 3.8 juta, warga emas tiada pasangan seramai 1.3 juta dan golongan bujang seramai 3.2 juta.

SEMAK STR FASA 1 2025

Ketahui status kelayakan anda menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa pertama (1) mengikut panduan semakan berikut :

  1. Sila layari laman rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

CARA AGIHAN STR FASA 1 2025

Bagi memudahkan rakyat menerima bantuan, kaedah agihan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sama seperti tahun sebelum ini, iaitu :

  • Penerima Ada Akaun Bank :
    • Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan STR.
  • Penerima Tiada Akaun Bank :
    • Diagihkan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia.
  • Penerima Status ‘Gagal Kredit’ :
    • Diagihkan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.