Hasil daripada usaha kerajaan serta penjimatan melalui penyasaran semula subsidi, peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Tambahan 2025 telah ditingkatkan sebanyak 30%, menjadikan jumlah keseluruhan RM13 bilion untuk disalurkan kepada lebih 9 juta rakyat, khususnya golongan rentan yang paling terkesan. Bantuan tambahan ini bertujuan memastikan mereka terus mendapat sokongan kewangan yang mencukupi.
Bagaimanakah cara untuk semak kelayakan dan status penerima STR Tambahan 2025 secara online? Ikuti panduan lengkap dan info terkini di bawah.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/
APA ITU STR TAMBAHAN
STR atau rasminya Sumbangan Tunai Rahmah adalah merupakan bantuan kewangan oleh Kerajaan yang disalurkan bertujuan untuk membantu meringankan bebanan sara hidup rakyat. Disamping itu juga, Kerajaan MADANI menambah peruntukan tambahan kepada penerima STR yang diperkenalkan sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
JUMLAH BAYARAN STR TAMBAHAN 2025
Jumlah bayaran Bantuan tambahan (SARA) kepada penerima STR adalah bergantung kepada kategori penerima yang berdaftar dengan eKasih atau tidak seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR 2025 | JUMLAH BAYARAN TAMBAHAN 2025 |
---|---|---|
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 (B40) | 0 anak : RM1,000 1-2 anak : RM1,500 3-4 anak : RM2,000 5 ke atas : RM2,500 | Daftar eKasih : RM2,100 Bukan eKasih : RM900 |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 (M40) | 0 anak : RM500 1-2 anak : RM750 3-4 anak : RM1,000 5 ke atas : RM1,250 | Bukan eKasih : RM900 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 | Daftar eKasih : RM1,650 Bukan eKasih : RM450 |
Bujang | RM600 | Daftar eKasih : RM600 |
TARIKH BAYARAN STR TAMBAHAN 2025
Berikut merupakan tarikh bayaran Bantuan STR dan juga tambahan (SARA) bagi tahun 2025 :
JENIS BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | Selama empat fasa : 1 : 22 -28 Januari 2025 2 : Belum diumumkan 3 : Belum diumumkan 4 : Belum diumumkan |
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) *Tambahan | Setiap bulan : 15 Januari 2025 Februari 2025 Mac 2025 April 2025 Mei 2025 Jun 2025 Julai 2025 Ogos 2025 September 2025 Oktober 2025 November 2025 Disember 2025 |
*Nota : Tarikh adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa dan akan dikemaskini sebaik sahaja diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan.
CARA BAYARAN BANTUAN STR TAMBAHAN 2025
Pembayaran Bantuan STR dan tambahan (SARA) adalah dengan cara yang berbeza seperti berikut :
- Cara Pembayaran Bantuan STR :
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima; atau
- Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Cara Pembayaran Bantuan STR Tambahan :
- Dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam kad pengenalan (MyKad) penerima.
SEMAK STATUS STR TAMBAHAN 2025 KELAYAKAN
Ikuti panduan semakan status kelayakan sebagai penerima Bantuan STR Tambahan seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran STR dan SARA akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR & SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Rujukan STR :
- Talian Bantuan STR MOF : 03-8882 4565 / 4566
- Rujukan SARA :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA)%202025.pdf.