Semakan Bantuan MyKad 2025: Semak Kelayakan RM200, RM100 & RM50 (STR & MyKasih)

Semakan Bantuan MyKad 2025: Semak Kelayakan RM200, RM100 & RM50 (STR & MyKasih)

Mulai Januari 2025, bantuan SARA 2025 akan diperkenalkan bagi meningkatkan taraf ekonomi golongan rentan sejajar dengan prinsip Ekonomi MADANI. Program ini dilaksanakan secara berperingkat berdasarkan kategori kelayakan penerima.

Bagaimana cara semakan bantuan dalam MyKad? Anda boleh menyemak status kelayakan Bantuan MyKad RM200, RM100 & RM50 melalui pautan rasmi seperti STR Login MyKasih atau https//mykasih. Semakan ini membolehkan anda mengetahui kelayakan untuk menerima bantuan dalam bentuk barangan MyKasih di kedai rakan niaga.

Rujuk info lanjut di bawah untuk panduan lengkap semakan bantuan MyKad 2025.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/str-login/

SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN MYKAD

Bantuan akan disalurkan kepada penerima yang melepasi dan mempunyai syarat-syarat seperti dibawah:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

JUMLAH SALURAN BANTUAN

Kadar penerimaan sumbangan adalah berbeza untuk setiap kategori seperti yang dinyatakan dibawah:

KATEGORI PENERIMABAYARAN BULANAN
(RM)

JANUARI – MAC
BAYARAN BULANAN
(RM)

APRIL – DISEMBER
JUMLAH KESELURUHAN BANTUAN SARA 2025
(RM)
Isi Rumah
(STR & eKasih)
RM 100RM 200RM 2,100
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR & eKasih)
RM 100RM 150RM 1,650
Bujang
(eKasih & STR)
RM 50RM 50RM 600
Isi Rumah
(STR sahaja)
RM 100RM 900
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR sahaja)
RM 50RM 450

TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN

Sumbangan Asas Rahmah ini akan dikreditkan ke dalam mykad penerima secara bulanan dan ansuran seperti dinyatakan dibawah:

KELAYAKAN PENERIMATARIKH BAYARAN
Penerima miskin & miskin tegarSemenanjung Malaysia:
15 Januari 2025 (Rabu) hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
Februari dan Ogos 2025
Penerima bukan miskinSemenanjung Malaysia:
April hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
April dan Disember 2025

Catatan: Walaubagaimanapun, tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan secara rasmi nanti.

KAEDAH PENGKREDITAN BANTUAN

Pengkreditan ini adalah seperti dinyatakan dalam rajah dibawah:

NEGERI PENERIMAKAEDAH PENGKREDITAN
Penerima daripada Semenanjung Malaysia
&
Negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan
Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad.

SEMAKAN STATUS BANTUAN DALAM MYKAD

Status kelayakan penerima boleh disemak dengan melayari dua pautan yang disediakan berserta panduan dibawah:

  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
    1. Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
    3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
    4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
    5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
    6. Status penerima akan dipaparkan.
    7. Selesai.
  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
    1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
    2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
    3. Klik butang [Log Masuk].
    4. Seterusnya, klik [Semak].
    5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
    6. Masukkan kata laluan yang betul.
    7. Klik butang [Log Masuk].
    8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    9. Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
    10. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
    11. Selesai.

KAEDAH GUNA BANTUAN DALAM MYKAD

Penggunaan bantuan dalam MyKad di kedai-kedai runcit yang berdaftar boleh dirujuk dengan panduan dibawah:

  1. Pilih Barangan Keperluan
    • Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    • Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan
    • Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    • Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    • Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian

Catatan : Pembelian yang melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada senarai barangan di atas, penerima perlu membayarnya secara tunai.

RUJUKAN

Segala perkongsian informasi mengenai bantuan kerajaan di sini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

Alamat E-mel : [email protected].

Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.

Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900