Semak Bantuan Prihatin Sabah 2025: Semakan Status Penerima RM300 Sebulan

Semak Bantuan Prihatin Sabah 2025: Semakan Status Penerima RM300 Sebulan

Sabah merekodkan 7 daripada 10 daerah termiskin di Malaysia, menjadikannya negeri dengan kadar kemiskinan yang tinggi. Untuk membantu golongan yang memerlukan, Kerajaan Negeri Sabah telah memperuntukkan sebanyak RM358.5 juta bagi menyalurkan Bantuan Prihatin Sabah RM300 sebulan kepada rakyat miskin yang layak.

Bagaimanakah cara untuk semak kelayakan Bantuan Prihatin Sabah? Ikuti panduan lengkap di bawah untuk mengetahui cara membuat semakan status penerima RM300 setiap bulan serta syarat kelayakan yang ditetapkan.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

SEMAK BANTUAN PRIHATIN SABAH 2025

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/

APA ITU BANTUAN PRIHATIN SABAH 2025

Inisiatif Bantuan Prihatin Sabah diperkenalkan sebagai Program Sentuhan Kasih Rakyat yang akan memanfaatkan rakyat Sabah yang merupakan golongan isi rumah miskin dan miskin tegar dengan kadar bantuan sebanyak RM300 setiap bulan.

KRITERIA PENERIMA BANTUAN PRIHATIN SABAH 2025

Bantuan Prihatin Sabah / Program Sentuhan Kasih Rakyat adalah diberikan khas kepada rakyat Sabah yang menepati kriteria kelayakan berikut :

  • Pendapatan : Ketua isi rumah atau ahli keluarga mestilah tergolong dalam kategori miskin tegar atau miskin.
  • Warganegara : Pemohon mestilah rakyat Malaysia yang bermastautin di Sabah.
  • Umur : Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas.
  • Alamat Tetap : Pemohon perlu mempunyai alamat tetap yang berdaftar di Sabah.

SEMAK BANTUAN PRIHATIN SABAH 2025

Bagi mengelakkan berlaku sebarang keciciran penerima yang layak, pihak Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan bergerak ke semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengesan golongan miskin dan miskin tegar yang layak.

Kemudian, senarai nama yang terkumpul akan diserahkan kepada Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) yang dipertanggungjawabkan untuk menyelaras pelaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah kepada penerima yang layak.

TUJUAN PEMBERIAN BANTUAN PRIHATIN SABAH 2025

Antara tujuan pemberian Bantuan Prihatin Sabah / Program Sentuhan Kasih Rakyat, adalah :

  • Mengurangkan Beban Kewangan : Bantuan kewangan sebanyak RM300 sebulan akan membantu isi rumah memenuhi keperluan asas seperti makanan, pakaian, dan perbelanjaan harian.
  • Meningkatkan Taraf Hidup : Dengan bantuan ini, penerima berpeluang untuk memperbaiki keadaan ekonomi keluarga mereka serta memberi tumpuan kepada pendidikan dan kesihatan anak-anak.
  • Menyokong Golongan Miskin : Program ini menjadi bukti komitmen Kerajaan Negeri Sabah dalam membela nasib golongan yang kurang bernasib baik.

JUMLAH & TARIKH AGIHAN BANTUAN PRIHATIN SABAH 2025

Bantuan Prihatin Sabah / Program Sentuhan Kasih Rakyat akan diagihkan dengan kadar sebanyak RM300 setiap bulan secara berperingkat mengikut suku tahun bermula bulan Februari ini (tarikh belum diumumkan).

JUMLAH BANTUANTARIKH AGIHAN
RM300 setiap bulanBermula Februari 2025

*Nota : Tarikh akan diumumkan oleh Kerajaan Negeri Sabah dari semasa ke semasa.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sabah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.tvsarawak.my/2024/11/15/belanjawan-sabah-2025-bantuan-rm300-sebulan-untuk-golongan-miskin-dan-miskin-tegar/.