Kerajaan Negeri Sabah terus komited membantu rakyat yang memerlukan melalui Bantuan Sabah Prihatin 2025 di bawah Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR). Bantuan ini menyediakan bayaran RM300 sebulan sepanjang tahun 2025 kepada golongan miskin dan miskin tegar di Sabah.
Bagaimana cara semak bayaran Bantuan Sabah Prihatin? Ketahui panduan lengkap untuk semakan kelayakan penerima dan pembayaran di bawah.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/
KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN SABAH PRIHATIN 2025
Hanya rakyat Sabah yang memenuhi kelayakan berikut layak menerima Bantuan Sabah Prihatin / Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) :
- Pendapatan : Ketua isi rumah atau ahli keluarga mestilah tergolong dalam kategori miskin tegar atau miskin.
- Warganegara : Pemohon mestilah rakyat Malaysia yang bermastautin di Sabah.
- Umur : Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas.
- Alamat Tetap : Pemohon perlu mempunyai alamat tetap yang berdaftar di Sabah.
OBJEKTIF PEMBERIAN BANTUAN SABAH PRIHATIN 2025
Antara objektif pemberian Bantuan Sabah Prihatin / Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) adalah untuk :
- Meringankan Beban Kewangan :
- Dengan bantuan RM300 sebulan, penerima dapat menggunakannya untuk keperluan asas seperti makanan dan perbelanjaan harian.
- Meningkatkan Taraf Hidup :
- Bantuan ini dapat membantu keluarga miskin memenuhi keperluan pendidikan dan penjagaan kesihatan anak-anak mereka.
- Memberi Harapan Kepada Golongan Miskin :
- Bantuan kewangan ini bukan sahaja menyokong dari segi kewangan tetapi juga memberikan harapan kepada golongan miskin untuk membina kehidupan yang lebih baik.
KADAR BAYARAN BANTUAN SABAH PRIHATIN 2025
Bantuan Sabah Prihatin / Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) akan dibayar dengan kadar sebanyak :
KELAYAKAN PENERIMA | KADAR BAYARAN |
---|---|
Ketua Isi Rumah dan Ahli Isi Rumah yang berstatus ‘Layak’ | RM300 Setiap bulan |
TARIKH BAYARAN BANTUAN SABAH PRIHATIN 2025
Bagi pembayaran pertama (1) Bantuan Sabah Prihatin / Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) untuk suku pertama (1) tahun ini adalah bermula pada bulan Februari 2025 khas 100,000 ribu rakyat Sabah yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan.
*Nota : Tarikh bayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebaik sahaja ianya diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan.
SEMAK BAYARAN BANTUAN SABAH PRIHATIN 2025
Berdasarkan kenyataan rasmi Kerajaan Negeri Sabah, bahawa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan bergerak ke semua kawasan Dewan Undangan Rakyat (DUN) untuk mengumpulkan golongan miskin dan miskin tegar yang layak menerima Bantuan Sabah Prihatin.
Kemudian, senarai nama penerima yang terkumpul akan diberikan kepada Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) yang dipertanggungjawabkan untuk menyelaraskan pemberian Bantuan Sabah Prihatin / Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) dengan kadar RM300 setiap bulan.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SABAH (SYUKUR), anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.tvsarawak.my/2024/11/15/belanjawan-sabah-2025-bantuan-rm300-sebulan-untuk-golongan-miskin-dan-miskin-tegar/.