Semakan Bantuan Sabah RM300 2025: Cek Status Kelayakan Penerima Program Sentuhan Kasih Rakyat

Berita terkini, semakan bantuan Sabah RM300 bagi tahun 2025 kini tersedia untuk memastikan status kelayakan penerima. Di bawah Program Sentuhan Kasih Rakyat, Kerajaan Sabah telah memperuntukkan RM358.5 juta untuk membantu isi rumah dalam kategori miskin dan miskin tegar. Bantuan bulanan sebanyak RM300 ini bertujuan meringankan beban kewangan rakyat Sabah. Bagaimana cara membuat semakan bantuan Sabah RM300? Dapatkan panduan lengkap dan info penting di sini.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/str-fasa-1-2025/

APA ITU BANTUAN SABAH

Menerusi Belanjawan Sabah 2025 yang dibentangkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Kerajaan Sabah telah mengumumkan bantuan Khas untuk Rakyat Sabah iaitu Program Sentuhan Kasih Rakyat melibatkan peruntukan RM358.5 juta.

Tujuan Bantuan ini adalah untuk membantu mengurangkan tekanan kos sara hidup dan mengurangkan beban kewangan yang dihadapi Rakyat Sabah yang terdiri daripada golongan miskin dan miskin tegar.

Bantuan akan diagihkan secara bulanan sebanyak RM300 untuk tempoh setahun kepada ketua isi rumah termasuk ahli keluarga yang berumur 18 tahun ke atas yang berstatus miskin dan miskin tegar.

SYARAT DAN KATEGORI KELAYAKAN BANTUAN SABAH RM300

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia (Rakyat Sabah);
  • Kategori Miskin dan Miskin Tegar; DAN
  • Ketua isi rumah termasuk ahli keluarga yang berumur 18 tahun ke atas.

JUMLAH BANTUAN SABAH

Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi Rumah Berstatus Miskin dan Miskin Tegar
(Ketua Keluarga termasuk Ahli Keluarga yang berumur 18 tahun ke atas)
RM300
(Sebulan)

TARIKH AGIHAN BANTUAN SABAH RM300

Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah dijangka bermula pada Februari 2025 dan akan dilaksanakan secara berperingkat. Dalam fasa pertama, seramai 100,000 penerima akan mendapatkan manfaat bantuan ini.

*Nota: Tarikh rasmi bayaran akan dimaklumkan dan dikemas kini dari semasa ke semasa sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan Sabah.

SEMAKAN DAN PENYALURAN BANTUAN SABAH RM300

Semakan dan cara penagihan bantuan belum dimaklumkan. Sebarang maklumat terkini akan dikemaskini apabila diumumkan secara rasmi oleh pihak Kerajaan Sabah.

RUJUKAN

Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat, anda boleh rujuk saluran berikut:

  • https://sabahnews.com.my/ ; atau
  • https://www.tvsarawak.my/

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.tvsarawak.my/2024/11/15/belanjawan-sabah-2025-bantuan-rm300-sebulan-untuk-golongan-miskin-dan-miskin-tegar/