Semakan Bantuan Sara Rahmah 2025: Semak Status Kelayakan & Cara Mohon

Semakan Bantuan Sara Rahmah 2025: Semak Status Kelayakan & Cara Mohon

Kerajaan Madani terus menunjukkan keprihatinan terhadap rakyat, khususnya golongan rentan yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup. Oleh itu, Bantuan Sara Rahmah (SARA) 2025 diteruskan dan diperluaskan kepada lebih ramai penerima bagi membantu mengurangkan beban kewangan mereka.

Ingin tahu sama ada anda layak menerima Bantuan Sara Rahmah 2025? Semak status kelayakan anda sekarang dan ketahui cara permohonan serta maklumat lengkap di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

SEMAKAN BANTUAN SARA RAHMAH 2025

BACA JUGA : MyKasih Semak 2025: Semakan Status Layak Penerima Bantuan RM2100, RM900 & RM600 (SARA Update)

PENGENALAN BANTUAN SARA RAHMAH 2025

Bantuan Sara Rahmah adalah merupakan sebuah inisiatif bantuan tambahan kepada penerima Bantuan Tunai Rahmah yang disalurkan secara tanpa tunai melalui kad pengenalan penerima khas untuk pembelian barangan keperluan asas seperti bahan makanan, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan anak.

MANFAAT BANTUAN SARA RAHMAH 2025

Antara manfaat Bantuan Sara Rahmah yang adalah :

  • Bantuan dikreditkan setiap bulan secara automatik ke dalam kad pengenalan.
  • Boleh membuat pembelian 13 jenis barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless) dengan kad pengenalan sahaja.
  • Terdapat lebih 1,200 kedai dan pasaraya terpilih Bantuan Sara Rahmah.
  • Baki bantuan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama baki semasa.
  • Sah digunakan sehingga 31 Disember 2025.

JUMLAH BANTUAN SARA RAHMAH 2025

Setiap penerima akan menerima jumlah Bantuan Sara Rahmah yang berbeza seperti berikut :

KELAYAKAN PENERIMAJUMLAH
BANTUAN SARA RAHMAH
Penerima Sedia AdaIsi Rumah : RM2,100 (RM100/RM200 sebulan)
Warga Emas : RM1,650 (RM100/RM150 sebulan)
Bujang : RM600 (RM50 sebulan)
Penerima BaharuIsi Rumah : RM900 (RM100 sebulan)
Warga Emas : RM450 (RM50 sebulan)

TARIKH BANTUAN SARA RAHMAH 2025

Pembayaran Bantuan Sara Rahmah adalah mengikut tarikh seperti berikut :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH BAYARAN
BANTUAN SARA RAHMAH
Penerima Sedia AdaSetiap bulan :
15 Januari 2025 sehingga 1 Disember 2025
Penerima BaharuSetiap bulan :
1 April 2025 sehingga 1 Disember 2025

*Nota : Pembayaran Bantuan Sara Rahmah adalah setiap 1 hari bulan dan sah digunakan sehingga 31 Disember 2025.

SEMAKAN BANTUAN SARA RAHMAH 2025

Bagi yang belum mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan Sara Rahmah, ikuti panduan semakan seperti berikut :

  1. Layari Laman Rasmi Bantuan Sara Rahmah Di Sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sara Rahmah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.