E-KASIH 2025 SEMAKAN: CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA

E-KASIH 2025 SEMAKAN: CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA

Menurut rekod terkini, lebih 700,000 individu telah disenaraikan dalam pangkalan data e-Kasih yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM). Walau bagaimanapun, seramai 4.7 juta rakyat masih belum tersenarai dalam sistem ini.

Bagaimana cara semakan status kelayakan e-Kasih 2025? Ikuti panduan lengkap di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

E KASIH 2025 SEMAKAN

BACA JUGA : Bantuan Madani 2025

PENGENALAN E KASIH 2025

E Kasih diwujudkan sebagai Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat ketua isi rumah dan ahli isi rumah yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan nasional yang benar-benar layak untuk menerima pelbagai bentuk bantuan dari kerajaan dan lain-lain agensi.

Termasuklah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diberikan oleh kerajaan Madani dengan nilai yang agak tinggi setiap bulan bagi membantu menampung kos perbelanjaan barangan keperluan asas rakyat sepanjang tahun ini.

KELAYAKAN PENERIMA E KASIH 2025

Terdapat dua (2) kelayakan penerima Bantuan SARA yang ditetapkan, iaitu :

  • SARA eKasih :
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • SARA Bukan eKasih :
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

KADAR NILAI E KASIH 2025

Pemberian Bantuan SARA kepada penerima eKasih dan bukan eKasih adalah dengan kadar nilai yang berbeza seperti berikut :

  • Penerima Bantuan SARA eKasih :
ISI RUMAHBUJANGWARGA EMAS
RM2,100 setahunRM600 setahunRM1,650 setahun
  • Penerima Bantuan SARA Bukan eKasih :
ISI RUMAHWARGA EMAS
RM900 setahunRM450 setahun

E KASIH 2025 SEMAKAN

Bagi yang telah mendaftar dengan eKasih, semak status pendaftaran anda seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
  2. Kemudian, klik pada eKasih [Semakan Pendaftaran].
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
  4. Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA, ikuti panduan semakan berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

PROSES & TARIKH PEMBERIAN E KASIH 2025

Bantuan SARA yang akan diberikan kepada penerima eKasih dan bukan eKasih adalah diproses secara tanpa tunai (cashless) menerusi kad pengenalan (IC) ketua isi rumah atau individu bujang setiap bulan khas untuk pembelian barangan keperluan asas mengikut tarikh berikut :

PENERIMA E KASIHPENERIMA BUKAN
E KASIH
15/01/2025 (Rabu)
01/02/2025 (Sabtu)
01/03/2025 (Sabtu)
01/04/2025 (Selasa)
01/05/2025 (Khamis)
01/06/2025 (Ahad)
01/07/2025 (Selasa)
01/08/2025 (Jumaat)
01/09/2025 (Isnin)
01/10/2025 (Rabu)
01/11/2025 (Sabtu)
01/12/2025 (Isnin)
01/04/2025 (Selasa)
01/05/2025 (Khamis)
01/06/2025 (Ahad)
01/07/2025 (Selasa)
01/08/2025 (Jumaat)
01/09/2025 (Isnin)
01/10/2025 (Rabu)
01/11/2025 (Sabtu)
01/12/2025 (Isnin)

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.