eWallet 2025 Semak Kelayakan Fasa 1: Cek Status Bantuan RM200, RM150, RM100 & RM50 Online!

Penggunaan transaksi tanpa tunai (cashless) melalui aplikasi eWallet semakin meluas kerana ia memudahkan masyarakat membuat pembelian barangan keperluan asas. Untuk memastikan bantuan sampai dengan lebih mudah, kerajaan mengkreditkan bantuan secara tanpa tunai, termasuk bantuan sebanyak RM200, RM150, RM100, dan RM50 kepada penerima yang layak.

Bagaimanakah cara untuk semak kelayakan eWallet 2025 Fasa 1? Ikuti panduan lengkap dan info terkini di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

Apa Itu SARA 2025

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/

APA ITU EWALLET 2025

Program eWallet adalah merupakan satu inisiatif kerajaan yang bertujuan untuk membantu meringankan bebanan rakyat sekaligus bagi meningkatkan penggunaan transaksi tanpa tunai (cashless). Namun, tentunya sesetengah golongan tidak mempunyai telefon pintar.

Oleh itu, bagi membolehkan rakyat menerima bantuan secara tanpa tunai dengan mudah, kerajaan mengkreditkan bantuan menerusi kad pengenalan (MyKad) untuk semua golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana melalui Bantuan Sara.

SYARAT KELAYAKAN EWALLET 2025

Antara syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk penerima Bantuan Sara adalah :

  • SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih :
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • SARA Asas Bukan Miskin STR :
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

EWALLET 2025 SEMAK KELAYAKAN FASA 1

Untuk mengetahui status kelayakan anda layak atau tidak terima Bantuan Sara tanpa tunai melalui MyKad Fasa pertama (1), ikuti panduan semakan kelayakan seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’ , klik pada butang [Semak Kelayakan].

  1. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Dalam Proses’.
  11. Selesai.

KADAR PENGKREDITAN EWALLET 2025 MENGIKUT KELAYAKAN FASA 1

Bantuan yang dikreditkan menerusi akaun eWallet hanyalah sebanyak RM100 sekaligus sahaja. Namun, Bantuan Sara yang dikreditkan ke dalam kad pengenalan (MyKad) penerima adalah secara ansur setiap bulan mengikut kelayakan penerima seperti berikut :

  • Penerima Miskin dan Miskin Tegar :
KATEGORI PENERIMAKADAR KREDIT
FASA 1
KADAR KREDIT
FASA 2
ISI RUMAHRM100 setiap bulanRM200 setiap bulan
WARGA EMASRM100 setiap bulanRM150 setiap bulan
BUJANGRM50 setiap bulanRM50 setiap bulan
  • Penerima Asas Bukan Miskin :
KATEGORI PENERIMAKADAR KREDIT
FASA 1
KADAR KREDIT
FASA 2
ISI RUMAHRM100 setiap bulan
WARGA EMASRM50 setiap bulan
BUJANG

TEMPOH PENGKREDITAN EWALLET 2025

Pengkreditan Bantuan menerusi aplikasi eWallet telah tamat pada awal tahun 2024. Namun pengkreditan menerusi kad pengenalan (MyKad) baru bermula pada 15 Januari 2025 dan selama tempoh berikut :

KELAYAKAN PENERIMATEMPOH KREDIT
Penerima Miskin dan Miskin TegarSetiap bulan selama 12 bulan :
15 Januari 2025
sehingga
** Disember 2025
Penerima Asas Bukan MiskinSetiap bulan selama 9 bulan :
** April 2025
sehingga
** Disember 2025

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.