eWallet Madani 2025 Online Fasa 1: Semakan Status Kelayakan Penerima (RM200, RM150, RM100 & RM50)
Bantuan eWallet Madani 2025 disediakan secara tanpa tunai (cashless) bagi memudahkan rakyat menerima dan menggunakan bantuan dengan lebih selamat tanpa perlu pengeluaran tunai. Melalui inisiatif ini, kerajaan memastikan bantuan dapat disalurkan dengan lebih cekap kepada golongan yang memerlukan.
Bagaimana cara menyemak status kelayakan penerima eWallet Madani 2025 secara online? Semak panduan lengkap dan langkah-langkah semakan di bawah.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/str-fasa-1-2025/
APA ITU EWALLET MADANI
Program e-Wallet MADANI atau diperkenalkan sebagai eMADANI adalah merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah dilaksanakan pada tahun 2023 dan 2024 bagi meningkatkan penggunaan transaksi tanpa tunai (cashless) di samping meringankan beban kewangan rakyat.
Namun bagi tahun 2025, Kerajaan tidak menerusi pemberian eMADANI. Tetapi meneruskan Bantuan MyKad SARA yang mana ianya disalurkan secara tanpa tunai (cashless) sama tujuannya dengan e-Wallet MADANI.
KADAR KREDIT EWALLET MADANI 2025 FASA 1
Pengkreditan Bantuan e-Wallet MADANI hanyalah sebanyak RM100 sahaja diberikan sekaligus kepada penerima yang layak. Namun, kadar pengkreditan Bantuan MyKad SARA adalah sebanyak RM50, RM100, RM150 dan RM200 setiap bulan (bergantung kepada kelayakan penerima).
- Isi Rumah Miskin & Miskin Tegar : RM100 / RM200 setiap bulan sehingga RM2,100.
- Isi Rumah Asas Bukan Miskin : RM100 setiap bulan sehingga RM900.
- Warga Emas Miskin & Miskin Tegar : RM100 / RM150 setiap bulan sehingga RM1,650.
- Warga Emas Asas Bukan Miskin : RM50 setiap bulan sehingga RM450.
- Bujang Miskin & Miskin Tegar : RM50 setiap bulan sehingga RM600.
- Bujang Asas Bukan Miskin : Tiada.
JUMLAH PENERIMA EWALLET MADANI 2025
Manfaat Bantuan e-Wallet MADANI telah dinikmati oleh seramai 10 juta rakyat dewasa Malaysia yang mempunyai aplikasi dan akaun e-Wallet (e-Dompet). Namun jumlah penerima yang layak menerima manfaat Bantuan MyKad SARA adalah seramai 5.4 juta rakyat dewasa pemegang MyKad yang memenuhi syarat kelayakan.
CEK STATUS PENERIMA EWALLET MADANI 2025 ONLINE FASA 1
Terdapat dua (2) pautan Portal Rasmi yang boleh diakses secara online untuk cek status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA :
- Portal Rasmi MyKasih;
- Portal Rasmi MySTR.
Ikuti panduan cek status di kedua-dua pautan portal rasmi berikut :
- Panduan Cek Status Di Portal Rasmi MyKasih :
- Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Selesai.
Sekiranya semakan di pautan Portal Rasmi MyKasih memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’ anda boleh terus membuat semakan di pautan Portal Rasmi MySTR seperti berikut :
- Panduan Cek Status Di Portal Rasmi MySTR :
- Sila layari portal rasmi MySTR pada pautan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
TARIKH KREDIT EWALLET MADANI 2025
Bantuan e-Wallet MADANI telah selesai dikreditkan kepada 10 juta penerima yang layak dan telah tamat tempoh penggunaan. Namun, pengkreditan Bantuan MyKad SARA baru sahaja bermula untuk tahun 2025 ini, iaitu pada :
- Penerima Berstatus Miskin dan Miskin Tegar :
- Setiap bulan selama 12 bulan (15 Januari 2025 sehingga Disember 2025).
- Penerima Berstatus Asas Bukan Miskin :
- Setiap bulan selama 9 bulan (April 2025 sehingga Disember 2025).
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.