Jumlah STR 2025 Fasa 1: Semakan Kelayakan Bayaran
Kerajaan terus komited menjaga kebajikan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40), melalui pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Untuk tahun 2025, kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM13 bilion bagi memastikan bantuan ini dapat meringankan beban rakyat.
Ingin tahu cara menyemak status kelayakan dan jumlah STR Fasa 1 yang layak diterima? Ikuti panduan dan penjelasan lengkap di bawah.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/sara-2024-semakan/
JUMLAH STR 2025 FASA 1
Setiap kategori akan menerima jumlah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 yang berbeza mengikut kelayakan seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAH | JUMLAH BAYARAN STR FASA 1 2025 |
---|---|
Isi Rumah B40 (Pendapatan Bawah RM2,500) | Tiada anak : RM500 1 – 2 anak : RM500 3 – 4 anak : RM500 5 anak ke atas : RM500 |
Isi Rumah M40 (Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000) | Tiada anak : RM150 1 – 2 anak : RM200 3 – 4 anak : RM250 5 anak ke atas : RM300 |
- Kategori Bujang :
KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH BAYARAN STR FASA 1 2025 |
---|---|
Bujang/Balu/Janda/Duda (Tiada anak) Umur 21 hingga 59 tahun | RM150 |
Bujang/Balu/Janda/Duda (Tiada anak) Umur 60 tahun dan ke atas | RM150 |
KAEDAH BAYARAN STR 2025 FASA 1
Kaedah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 adalah sama seperti sebelum ini yang bergantung kepada setiap penerima seperti berikut :
PENERIMA ADA AKAUN BANK | PENERIMA TIADA AKAUN BANK |
---|---|
Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan STR | Diberikan secara tunai di mana-mana kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) termasuk di Sabah dan Sarawak |
TARIKH STR 2025 FASA 1
Kementerian Kewangan (MOF) telah menyatakan tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 seperti berikut :
TARIKH MULA BAYARAN STR FASA 1 2025 | TARIKH AKHIR BAYARAN STR FASA 1 2025 |
---|---|
22 Januari 2025, Rabu | 28 Januari 2025, Selasa |
JADUAL WAKTU KREDIT STR 2025 FASA 1
Berikut merupakan jadual waktu pengkreditan Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 di dalam akaun bank penerima :
BIL. | NAMA BANK PENERIMA | WAKTU KREDIT |
---|---|---|
1. | Bank Simpanan Nasional (BSN) | Selepas 6 petang |
2. | Bank Islam | Selepas 8 malam |
3. | Affin Bank | Selepas 8 malam |
4. | Ambank | Selepas 8 malam |
5. | Maybank | Selepas 9 malam |
6. | CIMB Bank | Selepas 9 malam |
7. | RHB Bank | Selepas 9 malam |
8. | Bank Muamalat | Selepas 10 malam |
9. | Lain-lain Bank | Selepas 10 malam |
*Nota : Bagaimanapun, waktu pengkreditan ke dalam bank penerima adalah tidak menentu.
BILANGAN PENERIMA LAYAK STR 2025 FASA 1
Penerima yang telah disahkan layak menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 adalah seramai 8.3 juta merangkumi golongan isi rumah B40, isi rumah M40, bujang dan juga warga emas bujang (tiada pasangan).
CEK STATUS KELAYAKAN PENERIMA STR 2025 FASA 1
Ikuti panduan cek status kelayakan sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 berikut :
- Sila layari laman rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.