Semakan Matrikulasi 2025 kini dibuka! Pelajar lepasan SPM bumiputera yang telah memohon program pra-universiti di Kolej Matrikulasi boleh membuat semakan keputusan tawaran kemasukan melalui Portal Rasmi Matrikulasi. Ketahui sama ada anda layak atau tidak menerima tawaran kemasukan ke matrikulasi sesi 2025.
Bagaimanakah cara semakan keputusan matrikulasi 2025 dilakukan? Ikuti panduan lengkap dan pautan rasmi di bawah.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

PENGENALAN PROGRAM MATRIKULASI
Program Matrikulasi merupakan program persediaan untuk pelajar Bumiputera melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas di IPT dalam dan luar negara. Ia diperkenalkan bagi memenuhi keperluan semasa, termasuk menampung pertambahan pelajar cemerlang dan mengisi kekosongan dalam bidang profesional di IPTA.
TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN MATRIKULASI 2025
Keputusan permohonan kemasukan matrikulasi bagi pengajian sesi 2025/2026 kini boleh di semak secara dalam talian bermula 21 MEI 2025, RABU, jam 10.00 pagi di Portal Rasmi Matrikulasi https://matrikulasi.moe.gov.my/system/index.cfm
SEMAKAN KEPUTUSAN MATRIKULASI 2025
Status keputusan kemasukan matrikulasi 2025 boleh disemak secara online seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi Matrikulasi di : https://matrikulasi.moe.gov.my/system/index.cfm
- Bahagian utama halaman akan dipaparkan.
- Klik pada tiga (3) garis di sebelah kanan atas.
- Kemudian, pilih menu semakan.
- Klik pada [Semakan Keputusan Calon Jaya].
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan serta kata laluan yang sah.
- Klik pada butang [Masuk].
- Status keputusan akan dipaparkan.
- Selesai.
BIDANG/JURUSAN MATRIKULASI YANG DITAWARKAN 2025
Berikut merupakan senarai jurusan yang ditawarkan dalam pengajian di Kolej Matrikulasi :
- Jurusan Sains;
- Jurusan Kejuruteraan;
- Jurusan Perakaunan & Perakaunan Profesional;
- Jurusan Sains Komputer
SYARAT KELAYAKAN KE MATRIKULASI 2025
Syarat kelayakan permohonan Matrikulasi adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Merupakan calon lepasan SPM semasa;
- Berusia tidak melebihi 20 tahun semasa permohonan;
Setiap jurusan pengajian Kolej Matrikulasi ditetapkan dengan syarat kelayakan yang berbeza, untuk mengetahui syarat kelayakan setiap jurusan dengan lanjut, sila semak pada pautan berikut: https://www.moe.gov.my/storage/files/shares/Bahagian%20dan%20Unit/Bahagian%20Matrikulasi/Program%20Matrikulasi%2013022025.pdf
AMAUN YURAN KE MATRIKULASI 2025
Berikut merupakan perincian kadar yuran bagi pengajian Matrikulasi :
JENIS JURUSAN | YURAN PENGAJIAN DUA SEMESTER | YURAN PENGAJIAN EMPAT SEMESTER |
---|---|---|
Sains | RM599 | Semester I : RM599 Semester II : RM284 |
Kejuruteraan | RM599 | – |
Perakaunan | RM546 | – |
Perakaunan Profesional (JPPro)** | RM546 | – |
Bayaran tambahan RM0.60 dikenakan oleh pihak Bank Simpanan Nasional (BSN).
Bayaran tambahan untuk JPPro : Semester I RM600.00 (untuk pembelian buku) dan Semester II bagi setiap kertas ACCA akan ditanggung oleh pelajar mengikut kadar semasa.
ELAUN SARA HIDUP PELAJAR MATRIKULASI 2025
Setiap pelajar yang daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) iaitu bawah RM10,000, layak untuk menerima Bantuan Sara Hidup Pelajar (BSHP) yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun pelajar sebanyak RM1,250 bagi setiap semester.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Matrikulasi, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- e-Mel : [email protected]; atau
- Talian Bantuan : 03-8884 4083 / 4042 / 4098
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.moe.gov.my/pendidikan/lepas-menengah/matrikulasi?fbclid=IwAR0vmlP1WBXHIYk2YOhdol9KHSlwSmcAX-tQQqKVoApep_wR-3oQwomdlcM