Semakan MyKad Madani 2025: Semak Kelayakan Penerima Bantuan (RM100, RM50)

Semakan MyKad Madani 2025: Semak Kelayakan Penerima Bantuan (RM100, RM50)

Kerajaan Madani memperkenalkan teknologi digital canggih bagi menyalurkan bantuan kewangan terus ke MyKad rakyat, memastikan semua penerima, tanpa mengira usia, dapat mengakses dan menggunakan bantuan dengan mudah, selamat, dan tanpa sebarang ketirisan. Langkah ini membantu memastikan golongan sasaran menerima manfaat sepenuhnya.

Ingin tahu cara membuat semakan kelayakan MyKad Madani 2025? Ikuti panduan lengkap dan maklumat lanjut di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/kemaskini-str-2025-online/

BILANGAN PENERIMA MYKAD MADANI 2025

Pada tahun 2024 lalu, Bantuan MyKad Madani hanya dikreditkan khas kepada 700,000 ribu penerima merangkumi isi rumah, warga emas dan bujang berstatus miskin dan miskin tegar sahaja. Namun, pada tahun 2025, Kerajaan Madani bersetuju untuk meluaskan pemberian Bantuan MyKad Madani kepada lebih 4.7 juta penerima baharu berstatus asas bukan miskin.

KELAYAKAN PENERIMABILANGAN
Penerima Sedia Ada
(Miskin dan Miskin Tegar)
700,000 ribu penerima
Penerima Baharu
(Asas Bukan Miskin)
4.7 juta penerima

*Menjadikan keseluruhan bilangan penerima bagi tahun 2025 seramai 5.4 juta.

JADUAL KREDIT MYKAD MADANI 2025

Berikut merupakan jadual pengkreditan Bantuan MyKad Madani sepanjang tahun 2025 kepada penerima sedia ada dan penerima baharu :

PENERIMA SEDIA ADAPENERIMA BAHARU
15 Januari 2025
Februari 2025
Mac 2025
April 2025April 2025
Mei 2025Mei 2025
Jun 2025Jun 2025
Julai 2025Julai 2025
Ogos 2025Ogos 2025
September 2025September 2025
Oktober 2025Oktober 2025
November 2025November 2025
Disember 2025Disember 2025

JUMLAH KREDIT MYKAD MADANI 2025

Jumlah pengkreditan MyKad Madani adalah berbeza setiap kategori penerima seperti berikut :

  • Penerima Sedia Ada :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH KREDIT
MYKAD MADANI
ISI RUMAHRM100 (Januari – Mac)
RM200 (April – Disember)
WARGA EMASRM100 (Januari – Mac)
RM150 (April – Disember)
BUJANGRM50 (Januari – Disember)
  • Penerima Baharu :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH KREDIT
MYKAD MADANI
ISI RUMAHRM100 (April – Disember)
WARGA EMASRM50 (April – Disember)
BUJANG

SEMAKAN MYKAD MADANI 2025

Ikuti panduan semakan MyKad MADANI di pautan portal rasmi MyKasih seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [STATUS_CHECK.GOTOBANTUAN].

  1. Halaman utaman portal rasmi STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Dalam Proses’.
  11. Selesai.

KEGUNAAN MYKAD MADANI 2025

Bantuan MyKad Madani boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan seperti berikut :

  • Beras.
  • Roti.
  • Telur.
  • Minyak masak.
  • Tepung.
  • Biskut.
  • Mi segera.
  • Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
  • Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
  • Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
  • Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita).
  • Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
  • Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis).

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.