Semakan MyKasih MySARA 2025: Ketahui Kelayakan Anda Sebagai Penerima Bantuan
Seramai 5.4 juta penerima termasuk kategori isi rumah, warga emas, dan bujang telah disenaraikan sebagai penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah program MyKasih bagi tahun 2025.
Adakah anda salah seorang daripadanya? Lakukan semakan MyKasih MySARA 2025 sekarang untuk mengetahui status kelayakan bantuan anda. Rujuk panduan dan maklumat lengkap di bawah.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : Semakan Status MyKasih SARA 2025
KRITERIA PENERIMA MYKASIH MYSARA 2025
Penerima MyKasih SARA dipilih mengikut kategori seperti berikut :
- Kelayakan Sedia Ada :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori :
- Isi Rumah;
- Bujang; dan
- Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- Kelayakan Baharu :
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori :
- Isi Rumah; dan
- Warga Emas Tiada Pasangan.
SEMAKAN MYKASIH MYSARA 2025
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di atas.
- Pada halaman utama portal tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
KEGUNAAN MYKASIH MYSARA 2025
Antara kegunaan Bantuan MyKasih SARA adalah untuk pembelian barangan keperluan asas seperti berikut :
- Barangan dapur :
- Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa.
- Produk kebersihan :
- Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita
- Ubat-ubatan :
- Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM.
- Barangan persekolahan :
- Pakaian seragam sekolah, Kasut, beg sekolah dan alat tulis.
HAD PENGGUNAAN MYKASIH MYSARA 2025
- Penggunaan MyKasih SARA setiap bulan :
- Setiap bulan, penerima akan disalurkan mengikut jumlah seperti berikut :
KELAYAKAN KATEGORI PENERIMA | HAD PENGGUNAAN SETIAP BULAN |
---|---|
Isi Rumah Sedia Ada | RM100 / RM200 |
Isi Rumah Baharu | RM100 |
Warga Emas Sedia Ada | RM100 / RM150 |
Warga Emas Baharu | RM50 |
Bujang Sedia Ada | RM50 |
- Penggunaan MyKasih SARA setahun :
- Sekiranya penerima tidak menggunakan bantuan pada setiap bulan, bantuan boleh digunakan sehingga jumlah berikut :
KELAYAKAN KATEGORI PENERIMA | HAD PENGGUNAAN SETAHUN |
---|---|
Isi Rumah Sedia Ada | RM2,100 |
Isi Rumah Baharu | RM900 |
Warga Emas Sedia Ada | RM1,650 |
Warga Emas Baharu | RM450 |
Bujang Sedia Ada | RM600 |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih mySARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.