SEMAKAN MYKASIH ONLINE 2025 TERKINI: CHECK STATUS KELAYAKAN & BAKI BANTUAN SARA SEKARANG

SEMAKAN MYKASIH ONLINE 2025 TERKINI: CHECK STATUS KELAYAKAN & BAKI BANTUAN SARA SEKARANG

Segala semakan status kelayakan dan baki Bantuan SARA MyKasih 2025 kini boleh dilakukan secara atas talian (online) melalui laman web rasmi MyKasih atau aplikasi mudah alih MyKasih. Kaedah ini bukan sahaja lebih cepat, malah memudahkan penerima untuk menyemak maklumat bantuan mereka tanpa perlu hadir ke mana-mana kaunter fizikal.

Nak tahu cara semakan MyKasih terkini secara online? Panduan lengkap ada disediakan di bawah untuk rujukan anda.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

SEMAKAN MYKASIH ONLINE 2025 TERKINI

SISTEM PENGGUNAAN MYKASIH 2025 TERKINI

Makluman terkini, Kerajaan telah mengkreditkan Bantuan MyKasih ke dalam kad pengenalan penerima yang boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas. Namun sistem penggunaan Bantuan MyKasih terdapat isu teknikal yang sedang diperbaiki.

Oleh itu, bagi memastikan pembelian barangan keperluan asas dengan Bantuan MyKasih dapat berjalan dengan lancar, pihak kerajaan akan menyahaktifkan sementara aplikasi MyKasih dan semak status di laman web MyKasih.

SEMAKAN STATUS MYKASIH ONLINE 2025 TERKINI

Ikuti cara semakan status kelayakan penerima MyKasih secara online seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

SEMAKAN BAKI MYKASIH ONLINE 2025 TERKINI

Baki Bantuan MyKasih yang terkini boleh disemak secara online melalui aplikasi MyKasih :

  1. Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda melalui :
    • Google Play (Bagi pengguna Android); atau
    • App Store (Bagi pengguna iOS).
  2. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  3. Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  4. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  5. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  6. Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
  7. Masukkan Nombor OTP yang betul.
  8. Seterusnya, klik pada butang [Next].
  9. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  10. Klik pada butang [Next] di bawah.
  11. Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  12. Selesai.

JUMLAH MYKASIH TERKINI DISALURKAN

Jumlah Bantuan MyKasih yang disalurkan kepada setiap kategori adalah berbeza seperti berikut :

KATEGORI ISI RUMAHKATEGORI WARGA EMASKATEGORI BUJANG
Isi Rumah
(Miskin & Miskin Tegar)
RM200
Warga Emas
(Miskin & Miskin Tegar)
RM150
Bujang
(Miskin & Miskin Tegar)
RM50
Isi Rumah
(Asas Bukan Miskin)
RM100
Warga Emas
(Asas Bukan Miskin)
RM50
Bujang
(Asas Bukan Miskin)

TARIKH PENYALURAN MYKASIH 2025 TERKINI

Berikut merupakan tarikh penyaluran MyKasih yang terkini :

JUMLAH PENERIMA LAYAKTARIKH PENYALURAN TERKINI
5.4 juta penerima01 JULAI 2025 (SELASA)

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment