Semakan MyKasih RM100 Sebulan 2025: Semak Bantuan Khas MySTR Sekarang

Semakan Bantuan MyKasih RM100 Sebulan 2025: Semak Status Sekarang

Pada tahun 2025, Bantuan MyKasih diteruskan dengan pemberian RM100 sebulan kepada ketua isi rumah yang layak. Dana ini ditujukan untuk membantu membeli barangan keperluan asas seperti makanan, kelengkapan mandian, ubat-ubatan, dan keperluan persekolahan anak-anak.

Melihat kejayaan inisiatif ini pada tahun 2024, kerajaan komited untuk memperluaskan manfaat Bantuan MyKasih kepada lebih ramai penerima pada tahun 2025. Bagi memastikan anda layak, pastikan semakan status bantuan dilakukan dengan segera.

Bagaimanakah cara membuat semakan untuk Bantuan MyKasih? Ikuti panduan lengkap untuk semakan MySTR dan ketahui lebih lanjut tentang Semakan Bantuan Khas MyKasih di bawah.

BACA JUGA : Bantuan MyKasih RM100 2025

SEMAKAN BANTUAN MYKASIH RM100 SEBULAN 2025

Terdapat dua (2) pautan portal rasmi yang boleh digunakan untuk semakan status sebagai penerima Bantuan MyKasih RM100 sebulan, iaitu pautan MyKasih atau pautan MySTR seperti berikut :

PAUTAN MYKASIHPAUTAN MYSTR
https://mykasih.com.my/https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Panduan Semakan di Pautan MyKasih :
  1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di atas.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.
  • Panduan Semakan di Pautan MySTR :
  1. Sila layari portal rasmi MySTR pada pautan di atas.
  2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Sekiranya frasa keselamatan yang dipaparkan adalah betul, klik [Ya].
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
  10. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
  11. Selesai.

KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH RM100 SEBULAN

Kriteria kelayakan penerima Bantuan MyKasih yang bernilai RM100 sebulan adalah :

  • Warganegara Malaysia;
  • Menetap di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia;
  • Isi Rumah berpasangan (ada atau tiada anak) atau ibu/bapa tunggal (ada anak);
  • Pendapatan isi rumah bawah garis PGK semasa atau tidak melebihi RM5,000 sebulan;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (MySTR) 2025;
  • Berdaftar dengan e-Kasih sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar.

JUMLAH PENERIMA BANTUAN MYKASIH RM100 SEBULAN

Penerima Bantuan MyKasih yang bernilai RM100 sebulan bagi tahun 2025 adalah direkodkan seramai :

STATUS KELAYAKANJUMLAH PENERIMA
Berstatus Miskin
Dan
Miskin Tegar
0.7 juta penerima
Berstatus Bukan Miskin4.1 juta penerima

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :