Permohonan & Semakan MyKid Online 2025 – Panduan JPN

Permohonan & Semakan MyKid 2025

Ibu bapa kini boleh membuat permohonan dan semakan MyKid 2025 dengan mudah di mana-mana Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh Malaysia. MyKid adalah dokumen pengenalan penting untuk kanak-kanak yang dilengkapi dengan cip elektronik. Cip ini menyimpan maklumat peribadi seperti nombor sijil kelahiran dan data kanak-kanak dengan selamat.

Proses permohonan MyKid adalah ringkas, cepat, dan percuma. Ibu bapa atau penjaga hanya perlu membawa dokumen yang diperlukan dan hadir ke Pejabat JPN terdekat.

SEMAKAN MYKID 2025

BACA JUGA : Bantuan Sara eKasih 2025

Permohonan boleh dilakukan sebaik sahaja sijil kelahiran kanak-kanak dikeluarkan.

Ibu bapa yang telah memohon MyKid anak masing-masing boleh mula menyemak status permohonan di portal JPN mengikut tarikh yang dimaklumkan.

Apakah MyKid?

MyKid merupakan kad pengenalan atau pengenalan diri kanak-kanak bercip yang dikeluarkan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun.

Ciri MyKid adalah sama seperti MyKad cuma ia tidak mempunyai gambar dan cap jari.

” My ” membawa maksud “Malaysia” manakala ” Kid ” pula adalah singkatan kepada ” Kad Identiti Diri “. Nombor pengenalan diri yang terdapat pada MyKid ini akan digunakan di dalam semua urusan dari lahir hingga ke akhir hayat.

Mykid mengandungi 3 aplikasi utama yang terkandung di dalam cip iaitu:

  • Aplikasi JPN (data kelahiran)
  • Maklumat kesihatan
  • Maklumat pendidikan
mykid jpn

Kelebihan MyKid

  1. Mengurangkan penggunaan borang semasa berurusan dengan agensi kerajaan atau swasta
  2. Digunakan semasa berurusan dengan jabatan atau agensi-agensi seperti hospital atau klinik bagi tujuan pemeriksaan kesihatan, persekolahan dan sebagainya.
  3. Mudah dibawa kerana bersaiz kecil
  4. Mempunyai ciri keselamatan untuk mengelak dari disalahgunakan.
  5. Berteknologi cip di mana maklumat boleh dibaca pada kad atau di dalam cip. Maklumat dalam cip tersebut juga mudah untuk dikemaskini.

Cara Permohonan MyKid 2025

MyKid boleh dimohon oleh semua kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur di bawah 12 tahun.

Ibu bapa yang mempunyai anak yang belum membuat MyKid boleh terus membuat permohonan di mana-mana pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk permohonan My Kid:

  1. Sijil Kelahiran Malaysia / Borang W (asal)
  2. Dokumen Pengenalan diri pemohon (Ibu atau bapa)
    • Salinan IC bapa
    • Salinan IC ibu

Bayaran

TIADA bayaran dikenakan.

Trending sekarang

Gegar Vaganza 2024 (GV11) Minggu 9 – Markah & Highlights Persembahan

Semakan MyKid 2025 – Online

Semakan MyKid 2025 boleh dilakukan secara dalam talian. Rujuk langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan berikut untuk menyemak statu MyKid: https://spcmykid.jpn.gov.my/semak_mykid/
  2. Masukkan nombor MyKid anak dan kod captcha yang dipaparkan dan tekan butang ‘Semak’
  3. Status akan dipaparkan – sila rujuk pemberitahuan MyKid sama ada sedia untuk diambil ataupun permohonan sedang diproses.

Ikuti penjelasan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tentang permohonan dan kutipan My Kid bagi status berikut:

  1. Sudah buat permohonan My Kid (ada slip) – Status : Sedia diambil
  2. Sudah buat permohonan (ada slip) – Status : Dalam proses – perlu buat semakan untuk pengesahan cetakan My Kid
  3. Sudah ada sijil lahir tetapi belum pernah memohon MKid – Status : Perlu datang untuk buat permohonan di JPN
  4. Pendaftaran kelahiran baharu – Buat pendaftaran kelahiran & buat permohonan My Kid di JPN

NOTA: Bagi permohonan baru, sila ke kaunter JPN berhampiran anda dengan membawa sijil kelahiran anak dan kad pengenalan asal anda.

Semakan Senarai Cawangan JPN & Waktu Operasi

Untuk memohon, sila ke JPN terdekat dan UTC berhampiran di senarai berikut: https://www.jpn.gov.my/my/hubungi-kami/direktori-cawangan

BACA JUGA:

  • Panduan Permohonan Kad Pengenalan 12 Tahun Kali Pertama
  • Cara Mohon Tukar Alamat IC (Kad Pengenalan / Mykad) JPN

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Portal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di pautan berikut: https://www.jpn.gov.my/

semakan mykid jpn permohonan

Alamat: Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya,  No 20, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan , 62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

Emel: : [email protected]

Telefon: 03-8000 8000  Faks: 03-8880 8288