Menurut kenyataan rasmi JLKN, semakan ini membolehkan calon yang terlibat menyemak sama ada mereka terpilih untuk menyertai latihan kebangsaan yang akan berlangsung selama 45 hari, bermula 11 Mei hingga 24 Jun 2025.
Bagaimana cara semak status kelayakan PLKN 2025? Ikuti panduan semakan dan maklumat lanjut di sini!
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

Apa Itu Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)?
PLKN mula diperkenalkan pada Disember 2003, bertujuan memperkukuhkan patriotisme dan jati diri remaja Malaysia menerusi latihan intensif selama 3 bulan. Program ini merangkumi 4 modul utama:
- Latihan Fizikal
- Kenegaraan
- Pembinaan Karakter
- Khidmat Komuniti
Aktiviti Dalam PLKN Sebelum Ini
- Kawad asas
- Abseiling
- Pandu arah
- Jungle tracking
- Ikhtiar hidup
- Menyeberang sungai
- Pengenalan senjata api
- Ceramah kenegaraan & maruah negara
- Projek gotong-royong & komuniti
Sejarah Pelaksanaan PLKN
- 2004: Dilancarkan oleh Datuk Seri Najib Razak, dengan penyertaan pertama seramai 26,000 pelatih.
- 2015: Dihentikan sementara bagi penjimatan kos sebanyak RM400 juta.
- 2016: Diperkenalkan semula sebagai PLKN 2.0 dengan kapasiti 20,000 pelatih setahun.
- 2018: Dimansuhkan bersama BTN atas alasan penyalahgunaan untuk indoktrinasi politik.
PLKN 3.0: Konsep & Pembaharuan Baharu
Kini, PLKN kembali dengan format baharu yang lebih relevan dengan keperluan semasa:
| Komponen | Peratusan |
|---|---|
| Modul Asas Ketenteraan | 30% |
| Modul Asas Kenegaraan | 70% |
- Modul Ketenteraan: Dikendalikan oleh Kementerian Pertahanan dengan kaedah pembelajaran berasaskan pengalaman & latihan berkumpulan.
- Modul Kenegaraan: Dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) meliputi elemen:
- Jati diri
- Cinta negara
- Perpaduan
Jadual & Lokasi PLKN 3.0 Tahun 2025
Siri 1
- Tarikh: 12 Januari – 25 Februari 2025
- Lokasi: Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur
Siri 2
- Tarikh: 11 Mei – 24 Jun 2025
- Lokasi:
- Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur
- Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang
Siri 3
- Tarikh: 7 September – 21 Oktober 2025
- Lokasi: Sama seperti Siri 2
Cara Semakan Nama PLKN 3.0 Siri 3 Tahun 2025
Tarikh Semakan: Bermula 17 Jun 2025
Anda boleh membuat semakan di pautan rasmi:
https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form
Atau layari laman rasmi:
https://jlkn.mod.gov.my
Tarikh akhir pengesahan kehadiran: 11 Julai 2025
Syarat Umur Peserta PLKN 3.0
| Kategori | Umur |
|---|---|
| Minimum | 16 tahun |
| Maksimum | 35 tahun |
| Fokus 2025 | Lepasan SPM |
Kementerian Pertahanan memaklumkan bahawa hanya lahir tahun 2007 (lepasan SPM) akan terlibat bagi fasa permulaan. Namun peserta yang tidak dapat hadir boleh menangguhkan sehingga umur maksimum 35 tahun.
Struktur Latihan PLKN 3.0: Fasa 3
- Fasa Pra-PLKN:
- Diperkenalkan di sekolah (Tingkatan 4) sebagai aktiviti kokurikulum persiapan awal.
- Fasa Latihan Asas:
- Untuk remaja berusia 17 tahun ke atas di 13 kem Askar Wataniah, 20 Universiti Awam, dan beberapa politeknik.
- 70% modul kenegaraan, 30% latihan ketenteraan.
- Fasa Latihan Lanjutan:
- Sedang dibincangkan: Fokus kepada Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TVET) sebagai kesinambungan selepas tamat latihan asas.
Elaun & Insentif PLKN 3.0
Pada peringkat awal, peserta menerima elaun RM8 sehari. Namun kini ia digantikan dengan elaun perjalanan berstruktur bagi menampung kos perjalanan pelatih ke lokasi latihan.
PLKN 3.0 Wajib atau Tidak?
WAJIB! Kehadiran pelatih adalah wajib. Mengikut Seksyen 18(1) Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628):
- Denda: Tidak lebih RM3,000
- Penjara: Tidak lebih 6 bulan
- Atau kedua-duanya sekali jika tidak hadir tanpa sebab munasabah.
Soalan Lazim (FAQ)
Berapa Tempoh PLKN?
- 45 Hari bagi setiap siri latihan.
Siapa yang akan terlibat?
- Fokus utama lepasan SPM 2025
- Umur 16-35 tahun mengikut Akta
Bagaimana ingin tahu maklumat terkini?
- Laman Web Rasmi: https://jlkn.mod.gov.my
- Facebook: Kementerian Pertahanan Malaysia
- Talian hotline:
- 03-4012 7306
- 03-4012 6151
- 03-4012 6538
Penutup
PLKN 3.0 adalah peluang besar untuk belia Malaysia memperkasa jati diri, disiplin dan cinta negara. Ia juga membuka ruang untuk meningkatkan kemahiran melalui latihan ketenteraan dan kenegaraan yang moden dan relevan.
Jangan lepaskan peluang, buat semakan sekarang & bersedia untuk menyahut cabaran negara!
