Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 di bawah program MyKasih kini diperluaskan untuk memberi manfaat kepada lebih ramai penerima, khususnya golongan B40. Bantuan ini disalurkan setiap bulan dan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas melalui MyKad di kedai serta pasaraya terpilih.
Ingin tahu sama ada anda layak menerima bantuan SARA MyKasih 2025? Ikuti panduan semakan status dan kelayakan di bawah untuk maklumat terkini.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : Semakan Status MyKasih SARA 2025
BILANGAN PENERIMA LAYAK SARA MYKASIH 2025
Bilangan penerima yang layak adalah seramai berikut :
JENIS PENERIMA | BILANGAN PENERIMA |
---|---|
Penerima Sedia Ada | 0.7 juta penerima |
Penerima Baharu | 4.7 juta penerima |
= 5.4 juta penerima 2025 |
KRITERIA PENERIMA SARA MYKASIH 2025
Terdapat dua (2) kriteria penerima SARA MyKasih, iaitu :
- Penerima SARA Sedia Ada :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori :
- Isi Rumah;
- Bujang; dan
- Warga Emas Tiada Pasangan;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- Penerima SARA Baharu :
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori :
- Isi Rumah; dan
- Warga Emas Tiada Pasangan.
SEMAKAN SARA MYKASIH 2025
- Laman Web Rasmi MyKasih : https://mykasih.com.my.
- Sila layari laman web rasmi Mykasih; atau klik pautan di atas.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
JADUAL BAYARAN SARA MYKASIH 2025
Berikut merupakan jadual bayaran SARA MyKasih kepada setiap penerima :
TARIKH BAYARAN SARA MYKASIH | JUMLAH BANTUAN SARA DIKREDITKAN PENERIMA SEDIA ADA | JUMLAH BANTUAN SARA DIKREDITKAN PENERIMA BAHARU |
---|---|---|
15/01/2025 (Rabu) 01/02/2025 (Sabtu) 01/03/2025 (Sabtu) | Isi Rumah : RM100 sebulan Warga Emas : RM100 sebulan Bujang : RM50 sebulan | – |
01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) | Isi Rumah : RM200 sebulan Warga Emas : RM150 sebulan Bujang : RM50 sebulan | Isi Rumah : RM100 sebulan Warga Emas : RM50 sebulan |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.