Semakan Sumbangan Asas Rahmah MyKasih 2025: Semak Status Kelayakan Penerima Layak atau Tidak
Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui platform MyKasih bagi tahun 2025 dengan penambahan peruntukan sebanyak 75%, memberi manfaat kepada lebih 5.4 juta penerima termasuk penerima baharu dan sedia ada. Bantuan ini disalurkan secara automatik melalui MyKad untuk pembelian barangan asas di kedai berdaftar seluruh negara.
Bagaimanakah cara semakan status kelayakan bantuan SARA MyKasih 2025? Ikuti panduan lengkap dan maklumat terkini di bawah.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : Semakan Status MyKasih SARA 2025
PENGENALAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah diperkenalkan sebagai bantuan tambahan bersasar kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Namun, pemberian Sumbangan Asas Rahmah kepada penerima adalah secara tanpa tunai melalui pengkreditan terus ke dalam kad pengenalan penerima untuk pembelian barangan keperluan asas.
JUMLAH SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
- Penerima STR dan e-Kasih :
- Berikut merupakan jumlah Sumbangan Asas Rahmah kepada penerima STR yang berdaftar e-Kasih :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH SUMBANGAN ASAS RAHMAH |
---|---|
Isi Rumah | RM2,100 setahun (RM100/RM200 sebulan) |
Warga Emas | RM1,650 setahun (RM100/RM150 sebulan) |
Bujang | RM600 setahun (RM50 sebulan) |
- Penerima STR Sahaja :
- Berikut merupakan jumlah Sumbangan Asas Rahmah kepada penerima STR sahaja :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH SUMBANGAN ASAS RAHMAH |
---|---|
Isi Rumah | RM900 setahun (RM100 sebulan) |
Warga Emas | RM450 setahun (RM50 sebulan) |
Bujang | – |
JADUAL SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Sumbangan Asas Rahmah adalah dijadualkan mengikut tarikh berikut :
TARIKH SUMBANGAN ASAS RAHMAH PENERIMA STR & E-KASIH | TARIKH SUMBANGAN ASAS RAHMAH PENERIMA STR SAHAJA |
---|---|
Sesi 1 : 15/01/2025 (Rabu) 01/02/2025 (Sabtu) 01/03/2025 (Sabtu) | Sesi 1 : – |
Sesi 2 : 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) | Sesi 2 : 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) |
SENARAI BARANGAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH 2025
Berikut merupakan 13 kategori barangan Sumbangan Asas Rahmah (MyKasih) yang boleh dibeli dengan menggunakan kad pengenalan :
- Beras :
- Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
- Roti :
- Gardenia / Massimo / Mighty White.
- Telur :
- Nutriplus / QL eggs / CP.
- Minyak Masak :
- Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
- Tepung :
- Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
- Biskut :
- Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
- Mi segera :
- Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
- Minuman :
- Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
- Makanan dalam tin :
- Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
- Bahan perasa :
- Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
- Produk kebersihan :
- Colgate / Dettol / Kotex.
- Ubat-ubatan :
- Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam.
- Barangan persekolahan :
- Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler.
SEMAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH 2025
Terdapat dua (2) portal rasmi boleh diakses untuk semakan status Sumbangan Asas Rahmah, iaitu melalui :
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Portal Rasmi STR.
Ikuti kedua-dua panduan semakan status berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
- Selesai.
Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Halaman utama portal rasmi STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.