Semakan Status STR Fasa 2 2025: Semak Kelayakan & Bayaran
Menurut siaran media Kementerian Kewangan (MOF), Kerajaan terus memperkasa Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 dengan membuka pendaftaran bantuan sepanjang tahun. Langkah ini membolehkan lebih ramai rakyat yang layak menerima manfaat bagi mengurangkan beban kos sara hidup.
Bagaimanakah cara untuk membuat semakan status STR Fasa 2 2025 dan memastikan kelayakan sebagai penerima bayaran? Ikuti panduan lengkap di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.
BACA JUGA : https://semakanstr.my/pengeluaran-kwsp-syarat/
SYARAT LULUS STATUS BANTUAN STATUS STR FASA 2 2025
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
SEMAKAN STATUS STR FASA 2 2025 ONLINE
Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/ - Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Maklumat [Status Permohonan STR Fasa 2] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
- Selesai.
TARIKH MASUK DUIT BANTUAN STR FASA 2 2025
Pembayaran Bantuan STR 2025 seperti berikut:
FASA STR | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
Fasa 2 | Pembayaran STR Fasa 2 akan diagihkan secara berperingkat bermula 24 Mac 2025 (Isnin) |
SEMAKAN JUMLAH BANTUAN STR FASA 2 2025
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 adalah mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | RM 150 hingga RM 650 (mengikut kelayakan penerima) |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | RM 100 hingga RM 300 (mengikut kelayakan penerima) |
Warga emas tiada pasangan berpendapatan RM 5000 dan kebawah | RM 150 |
Bujang berpendapatan RM 2500 dan kebawah | RM 150 |
CARA BANTUAN STR FASA 2 2025 DI BAYAR
Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:
- Pengkreditan ke akaun bank penerima:
Bantuan tunai akan disalurkan terus ke dalam akaun penerima atau pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU - Secara Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN):
Bagi penerima yang tidak memiliki akaun bank atau status pengkreditan ‘gagal kredit’ bayaran boleh diambil secara tunai di kaunter BSN berdekatan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf