Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2025 melibatkan peruntukan kewangan sebanyak RM2.3 bilion, lebih tinggi daripada RM2.1 bilion tahun lalu. Bantuan ini disalurkan dalam bentuk bayaran kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk meringankan beban kewangan. Bagaimana cara untuk menyemak kelayakan penerima STR Fasa 1 dan mendapatkan bayaran RM500, RM300, atau RM150? Ikuti panduan dan penjelasan lengkap di bawah.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/str-login/
TARIKH BAYARAN STR FASA 1 2025
Pihak Kementerian Kewangan (MOF) telah memaklumkan tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 seperti berikut :
TARIKH MULA BAYARAN STR FASA 1 2025 | TARIKH AKHIR BAYARAN STR FASA 1 2025 |
---|---|
22 Januari 2025, Rabu | 28 Januari 2025, Selasa |
KAEDAH BAYARAN STR FASA 1 2025
Terdapat dua (2) kaedah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1, iaitu bergantung kepada penerima seperti berikut ;
PENERIMA ADA AKAUN BANK | PENERIMA TIADA AKAUN BANK |
---|---|
Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan STR | Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak |
BILANGAN PENERIMA BAYARAN STR FASA 1 2025
Penerima yang telah disahkan layak menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 adalah seramai 8.3 juta merangkumi kategori berikut :
ISI RUMAH B40 | ISI RUMAH M40 | WARGA EMAS | BUJANG B40 |
---|---|---|---|
2.8 juta | 1.0 juta | 1.3 juta | 3.2 juta |
JUMLAH BAYARAN STR FASA 1 2025
Setiap kategori akan menerima jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 yang berbeza seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR FASA 1 2025 |
---|---|
ISI RUMAH B40 | Semua : RM500 |
ISI RUMAH M40 | Tiada anak : RM150 1 – 2 anak : RM200 3 – 4 anak : RM250 5 ke atas : RM300 |
WARGA EMAS | RM150 |
BUJANG B40 | RM150 |
*Nota : Bagaimanapun, setiap individu perlu membuat semakan untuk mengetahui jumlah yang layak diterima.
SEMAKAN STR FASA 1 2025
Bagi yang belum mengetahui status kelayakan menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1, ikuti panduan semakan status seperti berikut :
- Sila layari laman STR rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.