Selain bantuan wang tunai, kerajaan turut menyalurkan bantuan tambahan STR 2025 dalam bentuk barangan keperluan asas bagi memastikan golongan yang memerlukan mendapat sokongan yang mencukupi. Bantuan ini melibatkan jumlah sehingga RM2,100, RM900, dan RM600, bergantung kepada kelayakan penerima.
Bagaimanakah cara untuk membuat semakan STR Tambahan 2025 secara online? Ikuti panduan lengkap dan maklumat terkini di bawah.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/
APA ITU BANTUAN TAMBAHAN STR 2025
Bermula tahun 2025, bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (2025) telah ditambahbaik dimana SEMUA individu yang LULUS dan merupakan PENERIMA STR akan secara automatik menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan tambahan, khusus untuk pembelian barangan keperluan asas MyKasih di pasaraya yang terpilih.
SYARAT LULUS SEMAKAN BANTUAN TAMBAHAN STR 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tiada Pasangan, dan Bujang; ATAU
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
JUMLAH TAMBAHAN BANTUAN STR 2025
Kadar bantuan tambahan yang akan diterima oleh penerima STR seperti berikut:
- Kategori Penerima STR (BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih)
KATEGORI PENERIMA (BERSTATUS eKasih) | JUMLAH BANTUAN TAMBAHAN STR (RM) *JANUARI – DISEMBER |
---|---|
Isi rumah (Ketua Keluarga) | RM 2,100 RM100/RM200 SEBULAN |
Warga emas tiada pasangan (Setiap Individu) | RM 1,650 RM100/RM150 SEBULAN |
Bujang (Setiap Individu) | RM 600 RM50 SEBULAN |
- Kategori Penerima STR (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA (BUKAN eKasih) | JUMLAH BANTUAN TAMBAHAN STR (RM) *JANUARI – DISEMBER |
---|---|
Isi rumah (Ketua Keluarga) | RM 900 RM100 SEBULAN |
Warga emas tiada pasangan (Setiap Individu) | RM 450 RM150 SEBULAN |
Bujang (Setiap Individu) | – |
JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN TAMBAHAN STR 2025
Jadual Pengagihan bantuan seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Penerima Bantuan STR (BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih) | Bermula 15 Januari – Disember 2025 |
Penerima Bantuan STR (BUKAN eKasih) | Bermula April – Disember 2025 |
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN TAMBAHAN STR
Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 seperti berikut:
NEGERI PENERIMA | KAEDAH PENYALURAN |
---|---|
Penerima daripada Semenanjung Malaysia & Penerima daripada Negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan | Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad. |
CARA SEMAKAN STATUS LULUS ATAU TIDAK BANTUAN TAMBAHAN STR
Kaedah semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua kaedah seperti berikut:
- Di Portal Rasmi MyKasih; ATAU
- Di Portal Rasmi MySTR
Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Klik log masuk MyKasih :
https://www.mykasih.com.my/ - Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Klik log masuk MySTR :
https://bantuantunai.hasil.gov.my - Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]. - Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara