Bantuan Kerajaan Mei 2025 terus dilaksanakan secara aktif dengan pelbagai penambahbaikan demi meringankan beban rakyat, khususnya golongan B40, M40, pelajar, suri rumah, warga emas dan belia. Kerajaan menyediakan inisiatif berbentuk bantuan tunai, makanan, pendidikan, serta program khas seperti SARA, STR, bantuan IPT, lesen percuma dan bantuan bulanan MyKad sama ada secara automatik mahupun melalui permohonan.
Dalam artikel ini, anda boleh semak senarai penuh bantuan yang sah dan masih aktif sepanjang Mei 2025. Ramai yang sudah mula menerima bayaran dan manfaat lain. Pastikan anda semak segera kerana sesetengah bantuan terhad kepada kuota dan tempoh permohonan yang hampir tamat.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

STR 2025 (Sumbangan Tunai Rahmah)
Bantuan STR kekal menjadi inisiatif utama kerajaan. Pembayaran Fasa 3 dijangka membabitkan kategori isi rumah berpendapatan RM5,000 ke bawah, termasuk yang baru lulus rayuan.
- Jumlah: RM100 – RM650 bergantung kategori
- Cara semak: Semakan STR Fasa 3 2025
- Penerima: Isi rumah, bujang, warga emas
Bantuan SARA MyKasih RM100 Sebulan
Bantuan makanan asas bernilai RM100 sebulan yang dikreditkan terus ke dalam cip MyKad penerima layak. Pembelian hanya boleh dibuat di kedai terpilih menggunakan kad pengenalan.
- Tempoh: Januari hingga Disember 2025
- Cara semak: Semakan Bantuan SARA
Bantuan eWallet MyKad RM100
eWallet MyKad ini diberikan kepada penerima SARA dan STR secara automatik. Ia digunakan untuk pembelian barangan asas terpilih tanpa tunai.
- Cara tebus: Imbas MyKad di kaunter kedai terpilih
Lesen Memandu Percuma (MyLesen B2)
Belia dari keluarga B40 berumur 16 hingga 35 tahun layak mohon Lesen Motosikal Kelas B2 secara percuma.
- Jenis: Lesen B2 + Latihan & Ujian JPJ Percuma
Bantuan Warga Emas RM600 Sebulan
Diberikan oleh JKM kepada warga emas berumur 60 tahun ke atas yang tidak mempunyai penjaga tetap atau berpendapatan rendah.
- Jumlah: RM600 setiap bulan
- Cara mohon: Portal JKM atau ke Pejabat Kebajikan
Bantuan Awal Persekolahan RM150
Diberikan kepada semua murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5. Duit dimasukkan ke akaun sekolah dan diagih tunai kepada ibu bapa.
- Kategori: Pendapatan isi rumah bawah RM3,000
- Tarikh agihan: Januari – Februari 2025
Bantuan IPT & ePemula
Bantuan tunai dan dermasiswa kepada pelajar universiti awam & swasta. Termasuk juga ePemula (eWallet pelajar).
- Jumlah: RM200 – RM1,500
- Mohon di: Portal KPT, JPA atau eBelia
Bantuan Suri Rumah eKasih
Suri rumah yang berdaftar bawah eKasih dan tiada pendapatan tetap layak menerima caruman KWSP dan perlindungan sosial PERKESO secara percuma.
- Jumlah: RM480 caruman + perlindungan PERKESO
- Mohon di: Portal KWSP i-SURI
Bantuan Bujang 2025 Yang Aktif
Untuk golongan bujang, beberapa bantuan khas masih aktif dan boleh dimanfaatkan:
- STR Bujang – RM350
- SARA RM100 (jika dalam eKasih)
- eWallet MyKad
- Lesen Percuma
- eBelia / ePemula
Tips Supaya Tak Terlepas Bantuan
- Kemaskini maklumat MyKad dan akaun bank aktif
- Pastikan semakan dibuat di laman rasmi setiap bulan
- Join group info bantuan rasmi dan alert bila dibuka
- Gunakan bantuan untuk barang asas terlebih dahulu
Soalan Lazim (FAQ)
S: Bantuan mana perlu mohon manual?
J: Bantuan seperti lesen, suri rumah, pelajar IPT dan JKM perlu mohon. STR dan MyKasih biasanya automatik.
S: Kalau tiada akaun bank boleh dapat tunai ke?
J: Ya. Bantuan seperti STR dibayar tunai melalui BSN.
S: Saya umur 21 tahun, bantuan apa boleh mohon?
J: STR bujang, SARA, eWallet, Lesen B2, eBelia semuanya layak.
Rumusan
Pada bulan Mei 2025, pelbagai bentuk bantuan masih berjalan dan ramai penerima belum semak atau tuntut hak masing-masing. STR, SARA, lesen, warga emas, eWallet dan bantuan pelajar antara yang paling aktif.
Pastikan anda buat semakan sekarang dan mohon jika layak. Jangan biarkan bantuan ini berlalu begitu sahaja.