Senarai barang MyKasih 2025 merangkumi pelbagai barangan keperluan asas yang boleh dibeli menggunakan Bantuan SARA yang dikreditkan terus ke MyKad penerima. Program ini boleh digunakan di lebih 1,200 kedai dan pasaraya terpilih di seluruh Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak.
Bagaimanakah cara menggunakan MyKad untuk membeli barang MyKasih setiap bulan? Ketahui panduan lengkap dan senarai barangan yang dibenarkan melalui info di bawah.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : MySTR Fasa 2 2025
SENARAI BARANG MYKASIH 2025
Terdapat 13 kategori barangan MyKasih yang boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan MyKad (SARA), antaranya ialah :
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
- Produk kebersihan : Colgate / Dettol / Kotex.
- Ubat-ubatan : Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam.
- Barangan persekolahan : Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler.
*NOTA : Pembelian hendaklah tidak melebihi jumlah bantuan yang dikreditkan dalam MyKad penerima.
PANDUAN CARA GUNA BANTUAN MYKAD UNTUK BELI BARANG MYKASIH 2025
Berikut merupakan panduan lengkap cara guna Bantuan MyKad (SARA) untuk pembelian barangan MyKasih :
- Kunjungi kedai terpilih MyKasih berhampiran anda.
- Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli (berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga).
- Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan sebagai penerima Bantuan MyKasih.
- Anda perlu menukar nombor Pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor Pin baharu.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
- Pembayaran menggunakan MyKad dan anda perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
- Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.
TARIKH BELI BARANG MYKASIH GUNA BANTUAN MYKAD 2025
Seramai 5.4 juta penerima yang telah disahkan ‘Layak’ boleh mula membuat pembelian barangan MyKasih dengan menggunakan Bantuan MyKad kerana Kerajaan telah mengkreditkannya bermula pada tarikh berikut :
TARIKH KREDIT MYKASIH PENERIMA SEDIA ADA | TARIKH KREDIT MYKASIH PENERIMA BAHARU |
---|---|
1 April 2025 (Selasa) | 1 April 2025 (Selasa) |
JUMLAH BANTUAN MYKASIH YANG DIKREDITKAN DALAM MYKAD 2025
Pada 1 April 2025 (Selasa), kerajaan telah mengkreditkan Bantuan MyKasih ke dalam MyKad penerima dengan jumlah yang berbeza mengikut kategori kelayakan seperti berikut :
JUMLAH KREDIT KEPADA PENERIMA SEDIA ADA | JUMLAH KREDIT KEPADA PENERIMA BAHARU |
---|---|
Isi Rumah : RM200 | Isi Rumah : RM100 |
Warga Emas : RM150 | Warga Emas : RM50 |
Bujang : RM50 | Bujang : – |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.