Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025: Semakan Kelayakan Fasa 1 (RM900)
Dalam Belanjawan Sabah 2025, kerajaan telah memperuntukkan RM358.5 juta bagi pelaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat. Bantuan ini akan disalurkan kepada kira-kira 100,000 penerima dari golongan miskin dan miskin tegar di Sabah, dengan bayaran sebanyak RM900 bagi Fasa 1.
Bagaimana cara semakan status kelayakan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah Fasa 1? Ketahui syarat kelayakan dan panduan lengkap di sini.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/
PENGENALAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SUKUR) adalah merupakan sebuah inisiatif bantuan kewangan untuk program pembasmian kemiskinan yang diberikan khas kepada rakyat di negeri Sabah yang berstatus miskin dan miskin tegar dengan kadar sebanyak RM300 sebulan selama tempoh satu (1) tahun.
TUJUAN PEMBERIAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH 2025
Antara tujuan pemberian Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah untuk :
- Meringankan beban kewangan penerima, khususnya untuk mendapatkan keperluan asas;
- Membantu golongan yang memerlukan supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih wajar;
- Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di negeri Sabah selaras dengan agenda nasional; dan
- Sebagai tanda prihatin dan kasih kerajaan kepada golongan rakyat dan agihan mengikut keutamaan.
TARIKH BAYARAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH FASA 1 2025
Tarikh pembayaran Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah bagi fasa pertama (1) adalah pada :
JENIS PENERIMAAN | TARIKH BAYARAN | JUMLAH BANTUAN |
---|---|---|
Kredit dalam akaun bank penerima | Bermula 19 Februari 2025 | RM900 |
Diberikan secara tunai | Februari hingga Mac 2025 | RM900 |
CARA BAYARAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH 2025
Terdapat tiga (3) cara bayaran Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, iaitu melalui :
- Disalurkan terus ke dalam akaun bank penerima; atau
- Bayaran diberikan secara tunai; atau
- Dikreditkan ke dalam akaun aplikasi e-Wallet YONO.
GOLONGAN PENERIMA SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH 2025
Berikut merupakan golongan dan kelayakan yang ditetapkan untuk menerima Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah :
- Individu berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024; dan
- Warganegara Malaysia;
- Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun; dan
- Pemegang kad pengenalan berstatus ‘H’.
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang berstatus miskin atau miskin tegar di dalam pangkalan data eKasih atau Sistem pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024; dan
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem ekasih dengan pendapatan isi rumah kurang daripada pendapatan garis kemiskinan (PGK)*.
- Ketua Isi Rumah (KIR) kategori miskin (seorang penerima sahaja); atau
- Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan. Sekiranya tidak mempunyai pasangan, salah satu Ahli Isi Rumah layak bagi kategori miskin tegar; atau
- Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan serta satu (1) Ahli Isi Rumah anak di bawah tanggungan berumur 18 tahun ke atas bagi kategori miskin tegar sekiranya penerima di para (e) masih di bawah paras kemiskinan tegar.
SEMAKAN STATUS PENERIMA SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH FASA 1 2025
Ikuti panduan semakan status kelayakan sebagai penerima Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah Fasa Pertama (1) seperti berikut :
- Pergi ke Portal Rasmi Online Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025 di sini : padans.sabah.gov.my.
- Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
- Untuk Semakan Status, sila lihat bahagian (Semakan Permohonan) di sebelah kiri skrin.
- Tekan butang [Semak].
- Pengguna akan dibawa ke Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, syukur.sabah.gov.my.
- Masukkan (Nombor MyKad*) di ruangan yang disediakan.
- Kemudian, tekan butang [Semak].
- Status Kelayakan Permohonan anda akan di paparkan di sini.
- Sekiranya anda LAYAK anda akan menerima Bayaran ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
*Nota : Penerima bagi fasa pertama (1) adalah golongan miskin tegar dan miskin dalam pangkalan data eKasih setakat 31 Disember 2024 dan permohonan yang dibuat daripada pemohon bukan senarai eKasih akan diproses pada Februari hingga April 2025 dan agihan akan bermula pada bulan Mei 2025.
PERMOHONAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH FASA 1 2025
Bagi yang memenuhi kelayakan boleh mula mengemukakan permohonan seperti berikut :
- Sila masuk ke Portal Rasmi Online Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah di sini : https://padans.sabah.gov.my.
- Pengguna akan dibawa masuk ke Laman Utama PANGKALAN DATA NEGERI SABAH (PANDANS).
- Untuk Permohonan Baru, sila ke pilihan [Permohonan Baharu SKR] sebelah kanan atas sekali di skrin anda.
- Klik butang [Permohonan Baharu SKR].
- Anda akan dibawa ke Laman Daftar Akaun Pengguna.
- Pemohon yang Pertama Kali ingin memohon, sila isi Maklumat lengkap dan sahih di bahagian ini.
- Isi Nama Pemohon, No. Kad Pengenalan, Email, Kata Laluan, Pengesahan Kata Laluan.
- Seterusnya tekan [Daftar Pengguna].
- Lengkapkan segala maklumat diri dan keluarga yang diperlukan dalam permohonan dengan betul.
- Setelah maklumat selesai diisi, klik pada butang [Teruskan].
- Kemudian, pada bahagian [Pengesahan] tandakan pada kotak [Setuju].
- Klik pada butang [Hantar].
- Maklumat permohonan akan direkodkan dalam pangkalan data untuk diproses.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SUKUR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Program Sentuhan Kasih Rakyat : 088 338 338
- Talian WhatsApp : 010-582 8207
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my/home/faq.