Bantuan SKAS Sarawak 2025: Semakan Status Online & Kadar Bayaran RM250–RM800
Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM464.5 juta bagi menyalurkan Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2025 kepada 886,288 penerima yang layak. Bantuan ini diberikan dalam kategori RM250, RM400, dan RM800 bagi membantu rakyat menangani kos sara hidup.
Bagaimana cara semakan status kelayakan SKAS Sarawak secara online? Ikuti panduan lengkap di bawah.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/
APA ITU BANTUAN SKAS SARAWAK
Bantuan SKAS Sarawak atau rasminya Sumbangan Keperluan Asas Sarawak adalah merupakan sebuah inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak untuk membantu rakyat Sarawak yang kurang berkemampuan untuk memenuhi keperluan asas melalui baucar digital.
TARIKH PELAKSANAAN BANTUAN SKAS SARAWAK 2025
Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan dilaksanakan secara berperingkat dan akan dikreditkan kepada 886,288 ribu rakyat Sarawak yang layak memohon bermula pada tarikh 18 Februari 2025 (di Bahagian Serian).
*Nota : Bagi yang belum memohon, boleh mengemukakan permohonan bermula pada 1 Februari 2025 sehingga 1 Jun 2025 untuk penerimaan seterusnya.
KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN SKAS SARAWAK 2025
- Kriteria Umum :
- Warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan berstatus ‘K’.
- Beralamat dan menetap di Sarawak.
- Maklumat penerima berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024.
- Kriteria Penerima :
- Isi Rumah :
- Berkahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa).
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
- Tiada had umur.
- Warga Emas :
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak.
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
- Had umur 60 tahun dan ke atas.
- Bujang :
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan.
- Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.
- Had umur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas.
- Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.
- Isi Rumah :
KADAR BANTUAN SKAS SARAWAK 2025
Berikut merupakan kadar Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) kepada setiap kategori yang melibatkan kadar implikasi kewangan :
- Isi Rumah : RM800 dengan implikasi kewangan RM328.4 juta.
- Warga Emas tiada pasangan tiada anak : RM400 dengan implikasi kewangan RM45.8 juta.
- Bujang : RM250 dengan implikasi kewangan RM90.3 juta.
KAEDAH BANTUAN SKAS SARAWAK 2025 DIKREDITKAN
Seperti yang ditekankan oleh Primier Sarawak bahawa pembayaran Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) bukanlah secara tunai. Namun, bantuan akan dikreditkan melalui baucar digital, yang boleh diakses melalui aplikasi S Pay Global (e-Dompet) untuk pembelian barangan makanan asas seperti beras, tepung, minyak masak, gula dan sebagainya.
PANDUAN SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SKAS SARAWAK 2025
Pastikan anda mempunyai akaun Sarawak ID yang sah sebelum membuat semakan status kelayakan sebagai penerima Bantuan SKAS Sarawak. Ikuti panduan semakan seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi Semakan Bantuan SKAS Sarawak di sini : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/.
- Anda akan dibawa ke halaman Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
- Kemudian, sila layarkan skrin ke bawah sekali dan anda akan dapat lihat butang untuk semakan.
- Tekan butang [Check Eligibility].
- Seterusnya, anda dikehendaki Log Masuk Sarawak ID.
- Log masuk menggunakan akaun Sarawak ID anda.
- Klik butang [NEXT].
- Kemudian, klik [My Individual Account].
- Di laman ini, anda sudah boleh buat SEMAKAN STATUS SKAS SARAWAK.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan yang disediakan.
- Klik butang [Search].
- Paparan Notifikasi Nama anda ‘Lulus’ atau ‘Tidak’ sebagai penerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas 2025 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SKAS Sarawak, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Pusat Talikhidmat: +6082-555999
- e-Mel:[email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.