DAFTAR SKAS 2025: REGISTER ONLINE BANTUAN SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK
Terkini! Kerajaan Sarawak telah memperkenalkan inisiatif bantuan baharu, iaitu Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), untuk meringankan beban kewangan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah yang paling terkesan oleh kenaikan kos sara hidup.
Bantuan ini diumumkan oleh YAB Datuk Patinggi Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, dalam pembentangan Belanjawan Sarawak 2025. Ia akan mula dilaksanakan dan disalurkan pada tahun 2025.
Berikut adalah panduan lengkap mengenai cara daftar SKAS secara online untuk memohon bantuan ini. Ketahui lebih lanjut mengenai eligibility criteria dan jumlah bantuan yang ditawarkan di sini!
BACA JUGA : Bantuan MyKasih RM100 2025: Cara Mohon Online & Semakan STR
![](https://semakanstr.my/wp-content/uploads/2025/01/BANTUAN-SKAS-1024x576.webp)
APA ITU BANTUAN SKAS
Dalam pembentangan Belanjawan Sarawak 2025 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini, YAB Datuk Patinggi Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg telah memperkenalkan satu inisiatif bantuan kewangan terbaru yang diberi nama sebagai Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
Tujuan utama bantuan SKAS ini adalah untuk meringankan beban kos sara hidup yang dihadapi golongan berpendapatan rendah, dengan peruntukan sebanyak RM450 juta.
Bantuan ini akan memanfaatkan kira-kira seramai 850,000 penerima pada tahun 2025, antara RM250 hingga RM800, bergantung kepada kelayakan dan kategori penerima. Kebanyakan juga akan turut menerima bantuan STR. Bantuan ini juga akan membantu penerima membeli barangan makanan asas seperti beras, tepung, gula dan barangan keperluan lain.
SYARAT KELAYAKAN DAFTAR SKAS
Semak syarat kelayakan register bantuan SKAS 2025 seperti:
- Syarat Umum
- Warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan berstatus ‘K’.
- Beralamat dan menetap di Sarawak.
- Maklumat penerima berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024.
- Kategori Penerima
- Isi Rumah
- Berkahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa).
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
- Tiada had umur.
- Bujang
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan.
- Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.
- Had umur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas.
- Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.
- Warga Emas
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak.
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
- Had umur 60 tahun dan ke atas.
- Isi Rumah
JUMLAH BANTUAN SKAS 2025
Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM5,000 dan kebawah | RM 800 |
Warga emas tanpa pasangan dan anak berpendapatan RM5,000 dan kebawah | RM 400 |
Bujang Berpendapatan RM2,500 dan kebawah | RM 250 |
TARIKH DAFTAR SKAS 2025
Pembayaran akan dilakukan bermula pada awal suku pertama tahun 2025, untuk tarikh rasmi masih lagi tidak diumumkan. Pihak kami akan kemaskini apabila dihebahkan. Bantuan akan dikreditkan ke akaun S PAY GLOBAL anda selewat-lewatnya pada suku pertama tahun 2025.
DAFTAR SKAS
Berita terkini! Anda tidak perlu membuat permohonan manual untuk SKAS. Jika anda memenuhi syarat kelayakan, nama anda akan disenaraikan secara automatik berdasarkan data penerima STR Fasa 4. Walau bagaimanapun, penerima yang layak mesti mengikuti langkah berikut untuk menerima bantuan.
- Download/Muat Turun aplikasi S PAY GLOBAL.
- Aktifkan akaun anda dengan melengkapkan pendaftaran.
- Semak kelayakan SKAS.
- Ikuti panduan lengkap di bawah untuk semakan status kelayakan.
- Pastikan maklumat akaun S PAY GLOBAL anda dikemas kini.
- Sahkan tuntutan bantuan.
- Log masuk ke aplikasi S PAY GLOBAL.
- Ikuti arahan untuk mengesahkan penerimaan bantuan SKAS.
SEMAKAN STATUS SKAS 2025
Pengguna boleh lakukan semakan status kelayakan secara online seperti ini:
- Pastikan anda mempunyai akaun Sarawak ID yang sah.
- Sila layari Portal Rasmi Semakan Bantuan SKAS Sarawak di sini: https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/.
- Anda akan dibawa ke halaman Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
- Kemudian, sila scroll ke bawah sekali dan anda akan dapat lihat butang untuk semakan.
- Tekan butang “Check Eligibility”.
- Seterusnya, anda dikehendaki Log Masuk Sarawak ID.
- Log masuk menggunakan akaun Sarawak ID anda.
- Klik butang “NEXT”.
- Kemudian, tekan “My Individual Account”.
- Di laman ini, anda sudah boleh buat SEMAKAN STATUS SKAS SARAWAK.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan yang disediakan.
- Tekan “Search”.
- Paparan Notifikasi Nama anda Lulus atau Tidak sebagai penerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas 2025 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang soalan atau pertanyaan, anda boleh ajukan kepada pihak berkuasa di bawah. Di sini kami tegaskan bahawa pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan ini bagi memudahkan capaian orang ramai. Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan ini, anda boleh rujuk sumber berikut:
Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan berkaitan S PAY GLOBAL, anda boleh hubungi kami di talian +6082-224599, atau emel kepada [email protected].
Selain itu, anda juga boleh menghubungi Pusat Talikhidmat, +6082-555999, atau menghantar emel ke [email protected].