SEMAKAN STATUS SARA 2025: KELAYAKAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH – LAYAK ATAU TIDAK?

SEMAKAN STATUS SARA 2025: KELAYAKAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH – LAYAK ATAU TIDAK?

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 ialah bantuan tambahan tanpa tunai yang diberikan kepada rakyat Malaysia bagi meringankan kos belian barangan keperluan asas setiap bulan. Bantuan ini disalurkan terus ke dalam MyKad untuk digunakan di pasaraya atau kedai runcit terpilih sepanjang tahun ini.

Adakah anda penerima yang layak? Ketahui cara semakan status kelayakan Bantuan SARA 2025 sama ada anda layak atau tidak, menerusi panduan lengkap di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

SEMAKAN STATUS SARA 2025

BACA JUGA : Semakan Status MyKasih SARA 2025

JUMLAH BAYARAN SARA 2025

Setiap penerima akan menerima bayaran Bantuan SARA adalah sebanyak berikut :

JUMLAH BAYARAN SARA
PENERIMA DAFTAR E-KASIH
JUMLAH BAYARAN SARA
PENERIMA BUKAN E-KASIH
Isi Rumah : RM2,100 setahun
(RM100/RM200 sebulan)
Isi Rumah : RM900 setahun
(RM100 sebulan)
Warga Emas : RM1,650 setahun
(RM100/RM150 sebulan)
Warga Emas : RM450 setahun
(RM50 sebulan)
Bujang : RM600 setahun
(RM50 sebulan)
Bujang : –

TARIKH BAYARAN SARA 2025

Pembayaran Bantuan SARA adalah setiap bulan pada tarikh berikut :

  • 15/01/2025 (Rabu)
  • 01/02/2025 (Sabtu)
  • 01/03/2025 (Sabtu)
  • 01/04/2025 (Selasa)
  • 01/05/2025 (Khamis)
  • 01/06/2025 (Ahad)
  • 01/07/2025 (Selasa)
  • 01/08/2025 (Jumaat)
  • 01/09/2025 (Isnin)
  • 01/10/2025 (Rabu)
  • 01/11/2025 (Sabtu)
  • 01/12/2025 (Isnin)

STATUS KELAYAKAN PENERIMA SARA 2025

Terdapat dua (2) kelayakan penerima SARA pada tahun 2025, iaitu :

  • SARA e-Kasih :
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori :
      • Isi Rumah;
      • Bujang; dan
      • Warga Emas Tiada Pasangan;
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • SARA Bukan e-Kasih :
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori :
      • Isi Rumah; dan
      • Warga Emas Tiada Pasangan.

SEMAKAN STATUS SARA 2025

Ikuti panduan semakan status Bantuan SARA seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi Bantuan SARA.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.