STR 2025 Fasa 1 Semakan Online: Semak Kelayakan & Status Bayaran

STR 2025 Fasa 1 Semakan Online
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 merupakan kesinambungan program bantuan tunai untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat Malaysia, khususnya golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40). Bantuan ini diagihkan secara berperingkat kepada kategori isi rumah, individu bujang, dan warga emas tanpa pasangan.

Ingin tahu cara membuat semakan online STR 2025 Fasa 1? Ketahui langkah mudah dan info lengkap di sini.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/sara-2024-semakan/

SYARAT LULUS SEMAKAN STATUS BANTUAN STR 2025

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

TARIKH MASUK BAYARAN DAN SEMAKAN STR 2025 FASA 1

Pembayaran Bantuan STR 2025 seperti berikut:

FASA BAYARANTARIKH PEMBAYARAN
Pembayaran
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1
Pembayaran akan dilakukan secara berperingkat bermula pada 22 – 28 Januari 2025
Pembayaran
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2, 3 dan 4
Tarikh agihan bayaran akan dimaklumkan dan dikemas kini dari semasa ke semasa sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan.

*Nota: Kepada pemohon yang belum kemas kini permohonan 3 tahun berturut-turut, perlu kemas kini permohonan STR 2025.

SEMAKAN ONLINE STATUS BANTUAN STR 2025 FASA 1

Status Bantuan STR Fasa 1 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan :
    https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Tekan pada butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Semak].
  7. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  8. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  9. Masukkan kata laluan yang betul.
  10. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  11. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  12. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
  13. Maklumat [Status Permohonan STR Fasa 1] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan.
  14. Selesai.

CARA PENGKREDITAN DUIT BANTUAN STR 2025

Bantuan STR 2025 Fasa 1 akan disalurkan seperti berikut:

JENIS PENERIMAKAEDAH PENYALURAN
BANTUAN STR
TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 1
Penerima yang mempunyai Akaun BankPengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan.22 – 28 Januari 2025
Penerima Tiada Akaun Bank
atau
Status ‘Gagal Kredit’
Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiranMulai 22 Januari 2025

SEMAKAN JUMLAH BANTUAN STR 2025 FASA 1

Pembayaran STR Fasa 1 akan disalurkan mengikut kategori kelayakan masing-masing seperti dibawah:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumah
berpendapatan
RM 2500 kebawah
RM500
Isi rumah
berpendapatan
RM 2501 hingga RM 5000
RM150 – RM300
Warga emas tiada pasangan
berpendapatan
RM 5000 dan kebawah
RM 150
Bujang
berpendapatan
RM 2500 dan kebawah
RM 150

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf