STR 2025 Fasa 2: Tarikh Bayaran & Semakan Status Kelayakan
Menurut Siaran Media Kementerian Kewangan (MOF), seramai 8.5 juta rakyat Malaysia yang berkelayakan akan menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 sebelum sambutan Aidilfitri 2025. Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan golongan penerima.
Bilakah tarikh bayaran STR Fasa 2 2025, dan bagaimana cara semakan kelayakan? Ikuti maklumat lengkap di bawah.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : BANTUAN RAYA 2025
STR TARIKH BAYARAN 2025 FASA 2
Kementerian Kewangan (MOF) telah mengumumkan tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa dua (2) adalah pada tarikh seperti berikut :
JENIS PENERIMAAN | TARIKH BAYARAN FASA 2 |
---|---|
Dikreditkan terus ke dalam akaun bank | Mulai 24 Mac 2025 (Isnin) |
Pembayaran secara tunai melalui kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) | Mulai 24 Mac 2025 (Isnin) |
JUMLAH STR BAYARAN 2025 FASA 2
Setiap kategori akan menerima jumlah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bayaran fasa dua (2) seperti berikut :
KATEGORI KELAYAKAN | JUMLAH BAYARAN FASA 2 |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | RM150 hingga RM650 (Bergantung bilangan anak) |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 | RM100 hingga RM300 (Bergantung bilangan anak) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
Bujang | RM150 |
KADAR IMPLIKASI STR BAYARAN 2025 FASA 2
Terdapat peningkat kadar impliasi kewangan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bayaran Fasa dua (2) bagi tahun 2025 seperti berikut :
KATEGORI KELAYAKAN | KADAR IMPLIKASI (RM) |
---|---|
Isi Rumah (Pendapatan Bawah RM2,500) | 0.9 billion |
Isi Rumah (Pendapatan RM2,501 – RM5,000) | 0.1 billion |
Warga Emas Tiada Pasangan | 0.2 billion |
Bujang | 0.5 billion |
Keseluruhan : RM1.7 billion |
SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA STR BAYARAN FASA 2
Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa dua (2), ikuti panduan seperti berikut :
PORTAL RASMI | PAUTAN |
---|---|
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | https://bantuantunai.hasil.gov.my |
- Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di atas.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&opi=89978449&url=https://www.mof.gov.my/portal/ms/component/tags/tag/sumbangan-tunai-rahmah-str&ved=2ahUKEwjcy_DStpqMAxXgcWwGHQ_XKE8QFnoECCgQAQ&usg=AOvVaw3QfYAhNTeZ8YYpNuLu2QY8.