STR 2025 KELAYAKAN : FASA 1 SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN
Pada minggu lalu, penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah pun mula disalurkan. Minggu ini pula bermula 22 Januari 2025, Kerajaan akan menyalurkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 dengan peruntukan sebanyak RM2.3 bilion, berbanding RM2.1 bilion pada tahun lalu.
Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim ada berkata bahawa melalui peningkatan sumbangan ini, beliau berharap ianya dapat membantu rakyat menggapai kehidupan yang lebih berdarjat tatkala mengharungi peningkatan kos sara hidup yang mana merupakan fenomena yang melanda seluruh dunia.
Bagaimanakah STR 2025 kelayakan? Ikuti info dan maklumat terkini dibawah untuk ketahui dengan lebih lanjut.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/str-login/
SEMAKAN KELAYAKAN STR 2025
Beberapa syarat ada dikenakan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah ini agar bantuan ini diterima oleh individu yang selayaknya mengikut kategori. Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
- a. Isi Rumah
- i. Kahwin; atau
- ii. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- iii. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- b. Warga Emas Tiada Pasangan
- i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- ii. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- iii. Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- c. Bujang
- i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- ii. Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- iii. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- iv. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- v. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
TARIKH BAYARAN BANTUAN
Pembayaran akan dibuat mengikut fasa dan fasa 1 telah pun bermula pada 22 Januari 2025, Rabu. Rujuk jadual dibawah untuk kenalpasti kaedah pembayaran.
TARIKH BAYARAN STR FASA 1 | JENIS PENERIMA | PROSES PEMBAYARAN STR 2025 FASA 1 |
---|---|---|
Bermula 22 Januari 2025 sehingga 28 Januari 2025 | Mempunyai Akaun Bank | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan |
Bermula 22 Januari 2025 | Tiada Akaun Bank (termasuk di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan) | Pembayaran secara tunai melalui kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) |
JUMLAH SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025
Peruntukan jumlah sumbangan untuk setiap kategori adalah berbeza dan disalurkan secara berperingkat seperti dibawah:
KATEGORI PENERIMA | BAYARAN STR 2025 FASA 1 | JUMLAH KESELURUHAN STR 2025 |
---|---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2,500 ke bawah (B40) | Semua : RM 500 | Tiada Anak: RM 1,000 Anak 1-2: RM 1,500 Anak 3-4: RM 2,000 5 dan keatas: RM 2,500 |
Isi rumah berpendapatan RM 2,01 hingga RM 5,000 (M40) | RM 150 hingga RM 300 (bergantung bilangan anak) | Tiada Anak: RM 500 Anak 1-2: RM 750 Anak 3-4: RM 1,000 5 dan keatas: RM 1,250 |
Warga emas tiada pasangan RM 5,000 dan ke bawah | RM 150 | RM 600 |
Bujang RM 2,500 dan ke bawah | RM 150 | RM 600 |
BILANGAN PENERIMA STR 2025
Sehingga kini, jumlah penerima bantuan STR 2025 bagi fasa 1 yang dicatatkan adalah seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | BILANGAN PENERIMA BANTUAN STR 2025 FASA 1 |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2,500 ke bawah (B40) | 2.8 juta |
Isi rumah berpendapatan RM 2,01 hingga RM 5,000 (M40) | 1.0 juta |
Warga emas tiada pasangan RM 5,000 dan ke bawah | 1.3 juta |
Bujang RM 2,500 dan ke bawah | 3.2 juta |
Catatan: Secara keseluruhan penerima yang layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 adalah seramai 8.3 juta. Walaubagaimanapun, jumlah penerima bakal bertambah seiring dengan pendekatan permohonan dan rayuan yang dibuka sepanjang tahun 2025.
STR 2025 KELAYAKAN STATUS
Semakan status boleh dibuat secara dalam talian dengan mengikuti panduan dibawah dengan teliti dan masukkan maklumat yang tepat.
- Sila layari laman rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan.
- Selesai.
LUPA KATA LALUAN LOG STR
Sekiranya anda terlupa kata laluan dan mahu set semula, rujuk panduan dibawah:
- Tekan pautan Reset Kata Laluan MySTR berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/TerlupaKataLaluan.aspx?.
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Soalan Keselamatan.
- Masukkan No MyKad.
- Klik [Semak].
- Masukkan Emel yang berdaftar semasa Permohonan STR dan klik [Seterusnya].
- Kata Laluan sementara akan di emelkan pada emel yang didaftarkan.
- Check emel dan log masuk semula MySTR.
- Isi No. MyKad (12 Digit) dan sila sahkan kata kunci keselamatan.
- Masukkan Kata Laluan Sementara yang telah diemelkan dan set semula Kata Laluan Baharu anda.
- Setelah berjaya set semula Password, anda boleh log masuk ke Portal MySTR seperti biasa berpandukan toturial cara login STR secara online di atas.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
E-mel : [email protected]
Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566