Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.
STR 2025: Semakan Pembayaran Fasa 1 & Cara Semak Status Kelayakan
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah salah satu inisiatif utama kerajaan untuk membantu individu berpendapatan rendah mengatasi cabaran ekonomi semasa. Bantuan kewangan ini disasarkan untuk meringankan beban kewangan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Bagaimana cara semakan pembayaran STR 2025 Fasa 1 dan memastikan status kelayakan anda? Ketahui maklumat lengkap di sini.
BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-skas-daftar-sarawak-pay/
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN STR 2025
Syarat dan kategori penerima bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :
Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah..
Isi Rumah
Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat;
Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
Warga Emas Tiada Pasangan
Bujang; atau
Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
Bujang
Bujang; atau
Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
Berumur 21-59 tahun; dan
Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
SEMAKAN LULUS PEMBAYARAN STR 2025 ONLINE
Status kelayakan dan pembayaran STR 2025 boleh disemak seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/ - Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Maklumat [Status Permohonan/Kelayakan] dan [Maklumat Lulus Pembayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN STR 2025
Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:
- Pengkreditan ke akaun bank penerima: Bantuan tunai akan disalurkan terus ke dalam akaun penerima atau pasangan.
- Mengunjungi cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN): Bagi penerima yang tidak memiliki akaun bank atau status pengkreditan gagal kredit bayaran boleh diambil di cawangan BSN secara tunai.
SEMAKAN JUMLAH PEMBAYARAN STR 2025
Kadar bantuan STR 2025 yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 1,000 Anak 1-2 : RM 1,500 Anak 3-4 : RM 2,000 5 dan keatas: RM 2,500 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM 500 Anak 1-2 : RM 750 Anak 3-4 : RM 1,000 5 dan keatas: RM 1,250 |
Warga emas tiada pasangan RM 5000 dan kebawah | RM 600 |
Bujang RM 2500 dan kebawah | RM 600 |
Makluman: Kadar bantuan ini adalah jumlah keseluruhan bagi tahun 2025, dan wang akan diagihkan secara berfasa (Fasa 1, 2, 3, dan 4).
TARIKH PEMBAYARAN STR 2025 FASA 1
Tarikh rasmi pengagihan bayaran STR Fasa 1 masih belum diumumkan. Sebarang maklumat terkini mengenai tarikh penyaluran bantuan, pihak kami akan segera kemaskini sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf