Dalam usaha menangani tekanan kos sara hidup, kerajaan telah memperuntukkan RM13 bilion melalui Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025. Bantuan ini akan disalurkan kepada lebih 9 juta rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40), yang paling terkesan dengan peningkatan kos sara hidup.
Bilakah tarikh bayaran STR Fasa 1 2025, dan bagaimana cara semakan status kelayakan? Ketahui panduan lengkap dan maklumat penting di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.
BACA JUGA : https://semakanstr.my/sara-2024-semakan/
SYARAT KELAYAKAN STR 2025 BAYARAN FASA 1
Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 adalah khas kepada individu yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
- Syarat Utama :
- Warganegara Malaysia; dan
- Isi Rumah :
- Berkahwin (ada atau tiada anak);
- Ibu atau bapa tunggal (ada anak);
- Tiada had umur;
- Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 (B40) atau tidak melebihi RM5,000 (M40).
- Warga Emas :
- Bujang / balu / janda / duda (tiada tanggungan);
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan warga emas bawah RM5,000 sebulan.
- Bujang :
- Belum berkahwin;
- Balu / janda / duda (tiada anak);
- Had umur 21 hingga 59 tahun; atau
- Bujang OKU berumur 19 tahun dan ke atas;
- Pendapatan bujang bawah RM2,500 sebulan;
- Bukan pelajar sepenuh IPTA / IPTS.
STR 2025 TARIKH BAYAR FASA 1
Secara lazimnya, pihak Kerajaan akan membayar Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa pertama (1) kepada penerima yang layak pada suku pertama setiap tahun seperti berikut :
PERKARA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Pembayaran STR Fasa 1 | Dijangka pada Januari / Februari 2025. Namun, Kerajaan belum mengumumkan tarikh bayaran STR Fasa 1 secara rasmi. |
*Nota : Pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa sebaik sahaja tarikh bayaran STR Fasa 1 diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan.
STR 2025 JUMLAH BAYAR FASA 1
Berikut merupakan jumlah bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 :
- KATEGORI ISI RUMAH :
KELAYAKAN ISI RUMAH | JUMLAH KESELURUHAN STR 2025 | JUMLAH BAYARAN STR FASA 1 |
---|---|---|
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 (B40) | 0 anak : RM1,000 1-2 anak : RM1,500 3-4 anak : RM2,000 5 ke atas : RM2,500 | 0 anak : RM250 1-2 anak : RM350 3-4 anak : RM500 5 ke atas : RM650 |
Isi Rumah Pendapatan RM2501 – RM5,000 (M40) | 0 anak : RM500 1-2 anak : RM750 3-4 anak : RM1,000 5 ke atas : RM1,250 | 0 anak : RM150 1-2 anak : RM200 3-4 anak : RM250 5 ke atas : RM300 |
*Bagaimanapun jumlah bayaran STR Fasa 1 di atas hanyalah anggaran sahaja. Setiap penerima perlu membuat semakan di portal rasmi STR untuk mengetahui jumlah bayaran yang akan diterima untuk Fasa 1.
- KATEGORI BUJANG :
KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH KESELURUHAN STR 2025 | JUMLAH BAYARAN STR FASA 1 |
---|---|---|
Bujang/Balu/Duda/Janda (Tiada anak) Umur 21-59 tahun | RM600 | RM150 |
Bujang/Balu/Duda/Janda (Tiada anak) Umur 60 tahun ke atas | RM600 | RM150 |
*Bagaimanapun jumlah bayaran STR Fasa 1 di atas hanyalah anggaran sahaja. Setiap penerima perlu membuat semakan di portal rasmi STR untuk mengetahui jumlah bayaran yang akan diterima untuk Fasa 1.
STR 2025 KAEDAH BAYARAN FASA 1
Untuk memudahkan rakyat menerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kerajaan telah menetapkan kaedah bayaran untuk Fasa 1 sama seperti sebelum ini, seperti berikut :
JENIS PENERIMA | KAEDAH BAYARAN STR FASA 1 2025 |
---|---|
Ada Akaun Bank | Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan STR. |
Tiada Akaun Bank | Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat dengan penerima. |
SEMAKAN STATUS STR 2025 FASA 1
Bagi pemohon sedia ada yang telah mengemaskini permohonan dan pemohon baharu yang telah membuat permohonan sebelum pada 30 November 2024, boleh membuat semakan status kelayakan penerimaan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1.
Ikuti panduan semakan status STR 2025 Fasa 1 :
- Sila layari laman rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.