Semakan STR Fasa 1 2025 LHDN: Cara Periksa Kelayakan Bayaran
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) mengumumkan bahawa bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 akan mula disalurkan secara berperingkat pada 22 Januari 2025, melibatkan 8.3 juta penerima kategori isi rumah, warga emas, dan bujang. Dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.3 bilion, penerima layak akan menerima bayaran sebanyak RM500, RM300, atau RM150, bergantung pada kelayakan. Bagaimanakah cara untuk semak status kelayakan STR Fasa 1 anda? Ikuti panduan lengkap di bawah untuk maklumat lebih lanjut.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/sara-2024-semakan/
PORTAL RASMI LHDN SEMAKAN STR FASA 1 2025
Berikut merupakan Portal Rasmi LHDN STR 2025 untuk semakan status fasa 1 :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Portal Rasmi LHDN STR 2025 | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
PANDUAN SEMAKAN STATUS STR FASA 1 2025
Ikuti panduan semakan status STR Fasa 1 seperti berikut :
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi LHDN STR 2025 di atas.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH BAYARAN STR FASA 1 2025
Kementerian Kewangan (MOF) telah menyatakan tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 adalah seperti berikut :
TARIKH BAYARAN STR FASA 1 2025 |
---|
22 Januari 2025, Rabu sehingga 28 Januari 2025, Selasa |
JUMLAH BAYARAN STR FASA 1 2025
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 adalah berbeza bagi setiap kategori seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR FASA 1 2025 |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 (B40) | Tiada anak : RM500 1 – 2 anak : RM500 3 – 4 anak : RM500 5 ke atas : RM500 |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 (M40) | Tiada anak : RM150 1 – 2 anak : RM200 3 – 4 anak : RM250 5 ke atas : RM300 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
Bujang | RM150 |
CARA BAYARAN STR FASA 1 2025
Terdapat dua (2) cara bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1, iaitu :
- Penerima Ada Akaun Bank :
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan STR.
- Penerima Tiada Akaun Bank :
- Diberikan secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.