Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 2025: Semakan Kelayakan & Bayaran
Kerajaan Madani telah meningkatkan peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 sebanyak 30%, menjadikannya antara bantuan tunai terbesar dalam sejarah. Inisiatif ini bertujuan membantu golongan B40 dan M40 dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup.
Bagaimanakah cara untuk menyemak status kelayakan dan tarikh pembayaran STR Fasa 2 2025? Ikuti panduan lengkap di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.
BACA JUGA : https://semakanstr.my/pengeluaran-kwsp-syarat/
SYARAT KELAYAKAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
CHECK STATUS SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025
Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/ - Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
- Selesai.
TARIKH PELAKSANAAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025
Pembayaran Bantuan STR 2025 seperti berikut:
FASA STR | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
Fasa 2 | Pembayaran STR Fasa 2 akan diagihkan secara berperingkat bermula 24 Mac 2025 (Isnin) |
JUMLAH SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 adalah mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | RM 150 hingga RM 650 (mengikut kelayakan penerima) |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | RM 100 hingga RM 300 (mengikut kelayakan penerima) |
Warga emas tiada pasangan berpendapatan RM 5000 dan kebawah | RM 150 |
Bujang berpendapatan RM 2500 dan kebawah | RM 150 |
KAEDAH PENYALURAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:
JENIS PENERIMA | KAEDAH PENYALURAN BANTUAN STR |
---|---|
Penerima yang mempunyai Akaun Bank | Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan. |
Penerima Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’ | Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf